Jaringan Park Tae-su julang Sabah raih tiga mata di Paroi

PARK Taesu diraikan rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan dalam aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan dan Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.- Foto: Flanegan Bainon via Sabah FC

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Saranghaeyo oppa.@taesu28 memecah kebuntuan dengan jaringan kemenangan untuk Sabah FC raih tiga mata di tempat lawan

SEREMBAN: Pertemuan antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Sabah FC hari ini berlangsung dengan cukup sengit sebelum berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Sabah.

Pasukan Sabah FC merampas kedudukan kedua Liga Super daripada Negeri Sembilan FC selepas pertembungan kedua-dua pasukan malam ini memihak kepada skuad Sang Badak itu dengan keputusan 1-0.

Picture
Perlawanan berlangsung rancak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan serta mempunyai beberapa peluang terhidang.

Picture
Penyerang Korea Selatan Park Taesu menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 1-0 Sabah ke atas Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman hari ini. - NSTP/ AZRUL EDHAM

Gol pelawat hadir pada babak kedua iaitu pada minit ke-61 menerusi tandukan pemain tengah, Park Taesu sekali gus menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed di gawang Negeri Sembilan.

Picture
PEMAIN import Negeri Sembilan FC, Matheus Alves Leandro cuba melepasi pemain pertahanan Sabah FC pada aksi Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, tuan rumah membuat beberapa pertukaran pemain bagi mencari gol penyamaan termasuk mengeluarkan dua orang pemain import mereka.

Bagaimanapun, Sabah FC kental mempertahankan gawang mereka sehingga tamat perlawanan sekali gus meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan.

Picture
Selepas 10 perlawanan, Sabah FC kini mengutip 22 mata hasil tujuh kemenangan dan sekali seri.

Negeri Sembilan FC yang kini telah mengharungi 12 perlawanan kekal dengan 20 mata namun, terpaksa akur turun ke tangga ketiga liga.

Picture
Liga Super: Sabah Buat Negeri Sembilan Akur Tewas Di Paroi

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi ini bermula dengan cukup baik apabila kedua pasukan saling bertukar serangan.

Sabah FC dilihat lebih mendominasi perlawanan menerusi hantaran-hantaran pantas yang sering memerangkap barisan pemain tuan rumah.


Peluang terbaik buat anak buah Dato’ Ong Kim Swee hadir apabila sepakan penjuru kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar hampir disudahkan oleh rakan sepasukan namun ia tidaktepat ke arah gawang.

Namun begitu, Negeri Sembilan sesekali mengatur gerak dan percubaan terbaik hadir pada minit ke-24 apabila rembatan Matheus Alves sedikit tersasar.

Picture
PEMAIN Negeri Sembilan, Matheus Alves berebut bola dengan pemain Sabah FC Tommy Mawat (kanan). FOTO Bernama

Bersambung babak kedua, anak didik K. Devan menggandakan usaha untuk menjaringkan gol namun masih tidak dapat menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kealpaan barisan pertahanan Negeri Sembilan dihukum apabila satu hantaran dari sepakan percuma ditanduk dengan cukup cantik oleh Park Tae-su untuk menewaskan penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi pada minit ke-62.


Tersentak di situ, pasukan tuan rumah terus melancarkan serangan balas pantas namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan usaha mencari gol agak sukar.

Keputusan ini kekal sehingga minit akhir permainan yang menyaksikan pasukan pelawat memperoleh 3 mata penuh.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.