Tiket retro bolasepak Malaysia


Perbezaan tiket dahulu dan tiket sekarang..

Gambar tiket lama yg di atas tu merupakan tiket perlawanan akhir perlawanan Liga Perdana pada tahun 1996 di mana pada tahun tersebut pasukan Sabah FA telah berjaya mengekalkan tempat teratas dlm kedudukan liga dan menjadi JUARA LIGA PERDANA TAHUN 1996.. .

Jika anda masih ingat pada tahun tersebut pasukan N.9 dan KEDAH FA menjadi pencabar terkuat bersama-sama Pasukan Sabah FA bagi merebut kejuaraan liga..

pasukan Sabah dibarisi oleh pemain-pemain bintang yang tidak perlu lagi diperkenalkan nama-nama mereka kerana penyokong-penyokong pada era tersebut sudah sebati dan menghafal nama-nama mereka disebabkan minat dan cinta yang mendalam terhadap Pasukan Bolasepak Sabah..

ada yang mendengar hanya melalui corong-corong radio bagi mengikuti perkembangan dan aksi pasukan dan tidak kurang juga yang turun beramai-ramai membanjiri Stadium Likas dan Penampang bagi melihat aksi dan kelibat pemain kesayangan mereka..

tidak mustahil sejarah stadium sesak dan menyokong melimpah hingga ke luar stadium bakal terjadi semula sekiranya prestasi pasukan Sabah kembali memuncak dan pemain-pemain Sabah mempamerkan aksi yang menghiburkan seperti yang pernah dipamerkan oleh bekas lagenda dan pemain-pemain Sabah yang terdahulu..

*cuba kamu teka berapa keputusan perlawanan diantara pasukan Sabah dan N.Sembilan pada 17 sept 1996 ini????
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.