Pasukan Manchester City ketika menjulang trofi Liga Perdana Inggeris.
Manchester City menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim 2013/14 selepas menewaskan West Ham United 2-0 dalam aksi terakhir liga di Stadium Etihad.
Skuad bimbingan Manuel Pellegrini yang sekurang-kurangnya perlu seri pada perlawanan ini untuk mengetepikan Liverpool, memperoleh gol pertama menerusi Samir Nasri pada minit ke-39.![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1.0-9/q71/s720x720/1185490_10154165822535455_880115719833023368_n.jpg)
Dalam perlawanan tersebut, City hampir menguasai sepenuh perlawanan dengan West Ham hanya mampu bertungkus lumus mempertahankan kubu mereka.
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1.0-9/q77/s720x720/10310957_10154165823120455_833457174732240506_n.jpg)
City sebelum ini turut menewaskan West Ham tiga kali musim ini, termasuk menang 6-0 dalam separuh akhir pertama Piala Liga.
Berikut adalah keputusan penuh 10 perlawanan yang berlangsung serentak pada malam tadi:
Cardiff City 1 Chelsea FC 2
Fulham FC 2 Crystal Palace 2
Hull City 0 Everton FC 2
Liverpool 2 Newcastle Utd 1
Man City 2 West Ham 0
Norwich City 0 Arsenal 2
Southampton 1 Man United 1
Sunderland 1 Swansea City 3
Tottenham 3 Aston Villa 0
West Bromwich 1 Stoke City 2