Kenali Wira Malaysia Matlan Marjan

Picture
Kenali Wira pemain Kebangsaan Malaysia Matlan Marjan

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Matlan Marjan merupakan bekas penyerang dan ketua pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dari Sabah. Dia paling terkenal kerana menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan England pada 1991.

Anak jati Kg. Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah.


Matlan merupakan salah seorang pemain bola sepak yang disegani dalam tahun 90-an. Beliau bukan sahaja disegani di negeri Sabah, malah beliau merupakan salah seorang pemain Malaysia yang cukup berpengalaman dan memiliki kemahiran yang cukup tinggi.

Picture
Matlan Marjan

Ketika menyarung jersi kebangsaan suatu ketika dahulu, Matlan pernah mengetuai pasukan negara untuk bermain di peringkat antarabangsa.



Dalam satu perlawanan persahabatan menentang England di Stadium Merdeka pada 12 Jun 1991, pasukan Malaysia tewas 4-2 kepada pasukan gergasi dunia itu.


Namun, pasukan negara tidak pulang dengan tangan kosong tatkala Matlan menjaringkan dua gol untuk pasukan negara.


Kini, Matlan masih lagi berkecimpung dalam dunia bola sepak.


Beliau menjadi jurulatih sebuah kelab bola sepak di negeri Sabah.

Kejayaan demi kejayaan yang tercipta membuatkan Matlan Marjan masih lagi disegani sehingga ke hari ini.

Nama beliau masih lagi menjadi bualan ramai.

beliau untuk terus menyumbangkan pengalaman serta tenaga dalam dunia bola sepak masih lagi terserlah, terutama di kalangan belia.


Beliau harus menjadi contoh terpenting dalam bola sepak negara seperti juga Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan dan Hassan Sani.

Matlan Marjan: Lagenda Sabah Yang Dihukum 'Mati'

Lagenda Matlan Marjan, mungkin ada diantara kita yang kurang atau tidak dikenali bagi mereka yang baru mengikuti dunia bola sepak tanah air.


Namun bagi yang sudah lama mengikuti Liga Malaysia sejak zaman semi-pro, nama Matlan Marjan cukup lagenda di negara ini.


Nama beliau sebaris dengan nama-nama besar ketika itu seperti Mubin Mokhtar, Zainal Abidin Hassan, Nizam Adza Yusoff, Afendi Julaihi dan beberapa nama besar tempatan yang lain.

Kebanggaan Sabah

Jika nama Matlan Marjan ditanyakan kepada peminat bola sepak Sabah, nama ini mungkin selagenda Diego Maradona yang sinonim dengan bola sepak Argentina. Jasa Matlan Marjan pada kebangkitan bola sepak Sabah sangat dikenang.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1968, lagenda Sabah ini memulakan karier bola sepaknya bersama skuad Piala Presiden Sabah pada tahun 1987 hingga 1988. Setahun selepas itu dia mula menyarung jersi skuad senior Sabah.

Percaya atau tidak? beliau adalah satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya memboloskan gawang skuad England!

Skuad England ketika itu bukan calang-calang, ia diketuai oleh penjaring berbisa England Gary Lineker. 2 gol beliau berjaya dipahat meskipun skuad negara tewas 4-2 pada perlawanan itu.

Dari segi pencapaian domestik pula, tidak banyak yang dicapai oleh Matlan Marjan.

Namun seperti yang dikatakan, beliaulah antara pencetus kebangkitan bolasepak Sabah yang digelar The Rhinos atau Sang Badak.

Gandingan beliau bersama Scott Ollerenshaw mencetuskan kegerunan pada mana-mana pemain pertahanan ketika itu.


Pada perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 1995, Matlan Marjan antara penyumbang gol yang menewaskan seorang lagi lagenda penjaga gol negara iaitu Muadzar Mohamed.


Ini membolehkan skuad kendalian Kelly Tham membawa pulang Piala FA Malaysia merentasi Laut China Selatan menewaskan Pahang dengan jaringan 3-1.

Tersilap langkah

Berakhir kejuaraan Piala FA 1995, rata-rata peminat bola sepak negara sudah meramal akan kejaguhan Sabah pada tahun-tahun mendatang. Nama Matlan Marjan disebut-sebut bakal membawa pulang piala keramat yang menjadi rebutan semua pasukan -Piala Malaysia.

Tetapi bukan itu yang berlaku, sebaliknya kesilapan membuat keputusan saat karier tengah memuncak telah membunuh karier beliau.

Matlan Marjan telah dikaburi dengan wang ringgit. Mungkin juga kelemahan persatuan yang tidak menjaga kebajikan pemain, Matlan Marjan dituduh mengambil rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

Beliau bersama 5 rakan dari skuad utama Sabah yang lain akhirnya disabitkan bersalah dengan tuduhan itu. Hasilnya, Matlan Marjan menerima hukuman penggantungan seumur hidup oleh FAM dan dilarang terlibat sama sekali dengan bola sepak secara profesional.

Lebih perit lagi dia juga dibuang daerah ke Semporna untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.

Hukuman ini seolah hukuman mati,membunuh terus karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Dan nama Matlan Marjan terus tenggelam ditelan masa. Difahamkan beliau masih terlibat dalam dunia bola sepak di Sabah, mungkin sebagai penasihat dan jurulatih kelab tidak profesional.

Adakah hukuman ini berbaloi untuk bola sepak negara? Untuk Matlan Marjan sendiri? Saya sendiri tidak pasti. Yang pastinya kes seperti ini harus dijadikan pengajaran buat semua pemain dan juga pihak pengurusan mana-mana persatuan bola sepak.


Selepas ‘kehilangan’ Matlan Marjan, bola sepak Sabah cuba untuk melahirkan ‘The Next Matlan’ seperti Harun Laban, M.Jaya Kasim dan adik beliau sendiri iaitu Zainizam Marjan. Namun kesemuanya gagal memahat nama sehebat Matlan.


Diatas kertas rasmi, pemain Sabah yang dibanggakan seluruh negara mungkin hanyalah Hasan Sani dan James Wong. Tetapi dihati peminat The Rhinos,nama Matlan Marjan takkan pernah padam dalam sejarah bola sepak Sabah.


Terima Kasih Lagenda Matlan Marjan!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.