Kisah Persinggahan Singkat Pablo Aimar Bersama Johor Darul Ta'zim FC

Kisah Persinggahan Singkat Pablo Aimar Bersama Johor Darul Ta'zim
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

DAKWAAN PABLO AIMAR AKAN DIPINDAHKAN KE AKADEMI JOHOR

Gegak gempita berita kehadiran Pablo Aimar di bumi Malaysia sempat menghebohkan dunia.

Namun, kelibatnya bersama kelab Johor Darul Ta'zim jauh dari harapan setinggi gunung para penyokong. Aimar melalui dua tempoh yang sangat berlawanan apabila menilai hasil dari kariernya ketika berada di Malaysia.


Pada 1997, Aimar mendarat di Malaysia bersama skuad kebangsaan Argentina untuk bersaing dalam kejohanan FIFA World Youth Championship (kini dikenali sebagai FIFA U-20 World Cup). Selain Aimar, skuad remaja La Albiceleste ketika itu turut dibarisi pemain-pemain seperti Leo Franco, Walter Samuel, Esteban Cambiasso, Diego Quintana dan Juan Roman Riquelme.

Picture
Pablo Aimar akan dipindahkan kerana tiada tanda2 dia pulih dari kecederaan tatkala pasukan memerlukannya, Pablo Aimar merupakan Pemain paling mahal di dalam liga Malaysia, Dengan perpindahan Pablo Aimar JDT akan mengambil pemain yang bernama NICOLAS ANELKA untuk diserapkan ke dalam pasukan JDT, adakah ia benar atau rumours semata-mata? sama-sama kita nantikan perkembangan isu ini dari semasa ke semasa.

Selepas kejohanan itu, muncul juga nama pemain-pemain yang begitu kita kenali kini seperti Thierry Henry, David Trezeguet, Nicolas Anelka, Damien Duff, Shunsuke Nakamura, David Albelda dan Michael Owen.


Aimar saat itu hanya berusia 17 tahun, tapi beliau sudah menunjukkan bakat menjanjikan hingga dibandingkan dengan legenda Argentina, Diego Maradona. Selesai aksi fasa kumpulan di Perlis, Aimar dan rakan sepasukannya berkunjung ke Johor Bharu untuk menghadapi England di pusingan kalah mati 16 terbaik.

 


Penampilan Aimar di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus pada 26 Jun 1997 bukanlah yang terakhir di venue itu, kerana beliau kemudiannya menyertai kelab Johor Darul Ta'zim pada 2014 ketika berada di penghujung kariernya, usia 34 tahun, setelah melalui perjalanan penuh warna-warni di River Plate, Valencia, Real Zaragoza dan Benfica.

 


JDT baru berada di musim kedua dari proses 'rebranding' mereka dan perekrutan Aimar menandakan kesungguhan kelab untuk menggapai tahap tertinggi. Kehadiran Luciano Figueroa pada musim sama tidak semegah sambutan yang ditunjukkan para penyokong pada Aimar, namun keduanya benar-benar memberi sumbangan yang berbeza terhadap pasukan.

 


Aimar hanya bermain 8 perlawanan pada musim itu, menjaringkan 2 gol. Sukar untuk mengekalkan tahap kecergasan, kembara kali kedua Aimar di bumi Malaysia hanya bertahan selama 4 bulan sebelum dilepaskan pada April 2014.

 

 

Pemergian Aimar meninggalkan kekecewaan apabila mengenang kembali harapan besar yang disandarkan kepadanya. Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail mengungkapkan sejumlah alasan mengapa karier Aimar bersama JDT tidak seperti diharap-harapkan.

 


TMJ mengatakan JDT pada waktu itu tidak bersiap sepenuhnya untuk memiliki pemain sekaliber Aimar, baik dari segi pengurusan pasukan, struktur dan fasiliti. Sistem penjenamaan semula yang baru dibentuk juga masih dalam proses untuk berkembang.



🗣 "Diusia tiga angka dan ditengah prospek persaraan ketika menyertai JDT, saya menilai, dalam hal bola sepak, sumbangan Aimar terhadap filosofi kelab adalah yang paling penting berbanding hanya menganalisis apa yang beliau lakukan di dalam padang. Itu lebih seperti satu proses pembelajaran bagi kami," ujar TMJ.

 


Namun, terdapat juga laporan-laporan yang berunsur negatif mengenai Aimar. Beliau dikatakan sangat sukar untuk diuruskan. Pemain itu bersikap diva. Aimar pernah meminta untuk tinggal di Singapura dan berulang-alik ke Padang Seri Gelam untuk sesi latihan.


Dalam kemewahannya, Aimar adalah seorang playmaker kreatif dengan visi dan teknik yang baik dalam menyempurnakan umpanan serta memiliki kemampuan untuk melakukan dribble melewati pemain lawan. Agak mengecewakan apabila penyokong bola sepak di Malaysia hanya seketika melihat aksinya, 17 tahun selepas Aimar mula-mula memikat hati mereka di sini.

 


Seiring peningkatan usia, Aimar sudah mengalami kemerosotan ketara dan tidak lagi memiliki kapasiti fizikal yang baik untuk menghasilkan permainan seperti dibayangkan di benak fikiran masyarakat kita.
Persinggahan seketika Pablo Aimar bersama JDT memang jauh panggang dari api. Walaupun berjaya dari segi pemasaran dan mempromosikan nama JDT, tidak ada sesuatu yang mampu diceritakan dengan epik.


Mendatangkannya sempat membuat JDT menjadi buah mulut dan perbicaraan dunia, kerana status yang dimiliki Aimar. Lebih dari itu, kes ini menjadi pelajaran berguna bagi TMJ dan JDT berkaitan rancangan masa depan mereka dan jenis pemain import apa yang harus mereka dapatkan kelak.

Selepas meninggalkan Malaysia, Aimar pulang ke tanah kelahirannya untuk menyarung kembali jersi River Plate. Namun, beliau yang gagal mengekalkan kecergasan hanya melakukan satu penampilan bersama Los Millonarios sebelum akhirnya mengumumkan persaraan pada usia 36 tahun.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.