Sabah FC dijangka akan menandatangani penyerang Croatia, Josip Ivančić (gambar) semasa tingkap perpindahan dibuka pada Mei untuk baki kempen mereka dalam Liga Super musim ini.
Pemain berketinggian 1.93sm itu sudah bermain untuk lebih daripada 10 kelab sejak dia memulakan karier profesional di Kampung halamannya Sesvete bersama NK Croatia Sesvete pada 2010.
Dia kali terakhir bermain untuk HŠK Zrinjski Mostar di Liga perdana Bosnia dimana dia menjaringkan lima gol dalam 19 penampilan termasuk jaringan sulungnya untuk kelab itu di pusingan kelayakan pertama di UEFA Liga Europa menentang Kelab Luxembourg Differdange 03 tahun lalu.
Sementara itu,rombakan besar dalam pasukan dijangka akan dilakukan semasa tingkap perpindahan dibuka dengan pemain tengah Gabon, Lévy Madinda dijangka akan meninggalkan kelab selepas turut berdepan isu kecederaan.
Seorang pemain pinjaman dari pasukan Liga Super mungkin akan menggantikannya, sementara penjaga gol import tempatan juga akan datang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaga gol pilihan ketiga Joslan Aping yang menarik diri daripada skuad selepasa menerima tawaran kerja daripada pasukan polis pada Mac.
Sabah FC merekrut empat pemain import baharu musim ini. Selain daripada Levy dan Sam, mereka turut menandatangani pemain sayap berumur 22 tahun dari Indonesia, Saddil Ramdani yang pernah tampil untuk Pahang pada musim 2019 dan pemain pertahanan Macedonia, Risko Mitrevski yang kini mengambil alih lilitan tangan kapten daripada Rawilson Batuil.
Josip Ivančić berketinggian 1.93sm ini sudah bermain untuk lebih daripada 10 kelab
Pemain dari Korea, Park Tae-Su merupakan seorang lagi pemain import dimana dia berada di musim ketiga bersama pasukan. Pengurusan turut menandatangani bekas pemain antarabangsa Amri Yahya dan N.Tahnabalan sebagai pemain import tempatan musim ini.Amri memainkan peranan besar untuk pasukan sejak permulaan musim sementara Tahnabaan belum beraksi selepas menjalani satu pembedahan kecil.
Sabah akan bermain menentang Perak Ahad ini (2 Mei) di Stadium Likas dan akan bertemu Melaka United pada permulaan pusingan kedua Liga Super Malaysia 2021 pada 5 Mei juga di Venue sama.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.