DIOUF KEKAL BERSAMA SABAH RHINOS
DIOUF INGIN KEKAL BERSAMA SABAH RHINOS SANGKAL SPEKULASI MENYERTAI JDT!
-702785.jpg)
Beliau berkata, bekas penyerang Liverpool itu akan kekal bersama skuad Badak sehingga akhir musim ini. Ia sekali gus menafikan khabar angin di laman sosial kononnya Diouf akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), susulan jemputan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Diouf untuk menyaksikan aksi skuad Harimau Selatan, baru-baru ini.TC Goh yang juga pengurus pasukan turut mengesahkan Diouf akan kekal bersama Sabah Rhinos bagi membantu pasukan itu mencapai sasaran layak ke Liga Super musim 2016. “Diouf sebelum ini mendapat jemputan Tengku Mahkota Johor untuk menghadiri perlawanan antara JDT dan Felda United pada 3 Mei lalu.,” katanya, hari ini.
Goh juga memberi jaminan kepada peminat skuad Sabah bahawa Diouf akan terus melakukan yang terbaik demi memastikan pasukan kekal memberi saingan dalam Liga Perdana sepanjang musim ini.
Aksi Diouf ditagih pasukan
Katanya, Diouf kini bercuti bersama keluarganya di Senegal dan akan kembali ke Sabah tidak lama lagi untuk persediaan menghadapi baki saingan Liga Malaysia.

SOURCE: Sabahup2date.blogspot.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
