Kisah Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan

Kickbola.net Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan.

Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan

Dikatakan pasukan bolasepak Sabah pada masa itu sama hebat dengan pasukan Manchester United dari England!

K
alau perlawanan antara pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan liga tersohor dunia seperti Liga Perdana Inggeris sudah pernah kita tonton dan dengar beberapa tahun yang lalu, bagaimana pula dengan pasukan negeri menentang pasukan tersohor ini? Mesti belum pernah kan?


Tahukah anda bahawa pasukan bolasepak negeri Sabah merupakan pasukan negeri yang pertama di Malaysia yang menentang pasukan kegemaran ramai di dunia iaitu Manchester United (MU)?
Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Dikhabarkan, pada tahun 1980, terdapat satu perlawanan persahabatan yang melibatkan pasukan negeri Sabah menentang MU pada tahun tersebut. Perlawanan ini diadakan di Stadium Likas, Sabah. Ini juga merupakan kunjungan MU yang pertama ke Malaysia yang dikendalikan oleh pengurusnya pada ketika itu, Dave Sexton.
Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Dari kiri : James Wong, Hassan Sani dan (mendiang) Dato’ Peter Rajah

Pasukan kental Sabah dibarisi pemain legenda seperti Hassan Sani, James Wong dan Peter Rajah


Pasukan Sabah yang dikenali sebagai Sabah Selection pada waktu itu juga bukan calang-calang orangnya. Mereka dibarisi oleh para pemain yang dikagumi kerana memiliki skil dan kemahiran bola sepak yang menakjubkan. Antaranya adalah seperti Hassan Sani, ‘King James’ James Wong, Malim Surat, Vincent Wong dan mendiang Dato’ Peter Rajah. Tidak dilupa, pemain import tempatan yang turut mewakili Sabah pada ketika itu iaitu Dato’ Soh Chin Ann dan R. Arumugam yang turut menyertai perlawanan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Hassan Sani dan James Wong pernah mewakili Malaysia dalam pasukan Asian All Stars bersama pemain dari rantau Asia seperti Korea, Jepun, Kuwait, Iraq dan UAE menentang Brazilians All Stars pada tahun 1982.

Pasukan MU pula diketuai oleh kapten mereka, Martin Buchan, dan dibarisi oleh Garry Birtles, Lou Macari, Mike Duxbury, Ashley Grimes, Kevin Moran, Gordon McQueen, Steve Coppell dan Joe Jordan.


Namun demikian, pengaruh MU pada zaman ini belum begitu meluas di Malaysia. Hanya pada tahun 90-an, barulah MU mula mempunyai ramai pengikut di negara ini iaitu ketika zaman pimpinan jurulatih terkenal, Alex Ferguson. Menurut sumber, ketika perlawanan ini diadakan, pasukan MU pernah digelar sebagai pasukan ‘sandarkan pada kenangan’ kerana mereka begitu mendabik dada dengan era kegemilangan mereka pada tahun 60-an.

Vincent dan Malim berpakat kawal pemain Scotland bernilai tinggi, Joe Jordan


Vincent Wong, bekas pemain Sabah Selection pada ketika itu, menyifatkan pengalaman berharganya menentang pasukan terkenal dunia itu sebagai satu pengiktirafan untuknya. Dalam perlawanan tersebut, Vincent berperanan sebagai pemain pertahanan tengah. Tugasnya adalah untuk mengawal pemain MU yang bernilai tinggi pada ketika itu iaitu ‘Jaws’ Joe Jordan. Pemain lain yang turut mengawal ketat Joe pada ketika itu adalah Malim Surat.

Menurut Vincent, tugasnya pada waktu amat sukar memandangkan tubuh badan fizikal pemain berkulit putih lebih tinggi dan besar daripada pemain Asia sepertinya. Namun demikian, beliau tidak begitu mahu menumpukan perhatian kepada kemenangan memandangkan perlawanan tersebut hanyalah sekadar perlawanan persahabatan.

Walaupun pasukan MU memenangi perlawanan tersebut, namun Vincent mengatakan bahawa bahang panas di Stadium Likas pada ketika itu sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pemain berkulit putih MU.

Red Devils pernah rasa tapai Sabah!

Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bola Sepak Yang Tidak Pernah Diceritakan
Hassan Sani (baju hijau) mengasak pemain MU.

Bercerita lebih lanjut, pasukan Sabah Selection juga sempat makan malam bersama pasukan Red Devils itu. Malah, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah menjamu pemain MU dengan minuman tempatan Sabah iaitu tapai.

Vincent telah mewakili pasukan Sabah dari tahun 1978 hingga 1968.

Untuk pengetahuan anda, pasukan MU telah berkunjung ke Malaysia sebanyak 5 kali dengan perlawanan pertamanya menentang Sabah pada tahun 1980, kemudian menentang pasukan Selangor yang menampilkan legenda bola sepak negara seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, K. Rajagopal, Reduan Abdullah pada tahun berikutnya.

Kemudian, pada tahun 1995, pasukan ini menjejakkan kaki semula di Malaysia dengan pimpinan baharu Alex Ferguson dan pemain baharu seperti David Beckham, Paul Scholes, Nicky Butt dan adik beradik Gary dan Phil Neville. Perlawanan keempat adalah untuk Challenge Cup pada tahun 2001 dan terakhir pada tahun 2009.


Tak sangka kan pasukan bola sepak Sabah suatu ketika dahulu merupakan pasukan gergasi di Malaysia. Malah, Sabah juga pernah melahirkan pemain bola sepak yang digeruni sehingga ke peringkat antarabangsa.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.