Kenali Henrietta Justine ! Sumandak Tambunan pemenang MVP Wanita Skuad Bola Sepak Kebangsaan

Kenali Henrietta Justine ! Sumandak Tambunan pemenang MVP Wanita Skuad Bola Sepak Kebangsaan

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Jom kita kenali bintang bola sepak kebangsaan, Henrietta Justine!

Sukan bola sepak merupakan salah satu sukan paling popular di dunia dan sukan ini biasanya didominasi oleh kaum lelaki.

Picture
“Kalau lelaki boleh, perempuan pun boleh” MVP Henrietta Justine yakin bola sepak wanita ada potensi

Seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini, sukan bola sepak wanita dilihat semakin berkembang dan mendapat perhatian baik daripada orang ramai.



Ini lah dia MVP Women’s Super League, Henrietta Justine yang bermain untuk NSWFC. Katanya, bola sepak wanita pun boleh pergi jauh macam bola sepak lelaki.

Picture
Sumber foto: Twitter @FASelangorMY

Mari kita mengenali lebih lanjut mengenai Henrietta Justine

Untuk pengetahuan anda pasukan bola sepak wanita pertama adalah ‘British Ladies’ yang diasaskan pada tahun 1894. Untuk artikel kali ini, mari kita mengenali lebih lanjut mengenai bintang bola sepak wanita skuad kebangsaan iaitu Henrietta Justine yang berasal dari Kampung Kaingaran, Tambunan Sabah.

Picture
Mempersembahkan Star Of The Match (SOTM) bagi perlawanan Negeri Sembilan Women's (NSW) FC menentang SA United FC - Henrietta Justine! mencetak dua gol untuk membantu NSW FC menewaskan SA United FC, 3-0.

Dipetik dari HarimauMalaya, gadis jelita berusia 19 tahun ini berjaya merangkul Anugerah Most Valuable Player (MVP) Liga Bolasepak Wanita dan baru-baru ini pula telah mendapat tawaran menyambung pengajian untuk Diploma, di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Picture

Bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan

Bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah, Henrietta juga ingin membuktikan kepada semua bahawa ada laluan bagi para atlet untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading!

Picture
Henrietta juga memasang cita-cita ingin bermain bersama kelab bola sepak terkemuka luar negara pada satu hari nanti. Anak Sabah ini juga berharap agar dirinya boleh memberi inspirasi kepada generasi muda untuk sentiasa melakukan yang terbaik tidak kira di mana mahupun apa kekangan yang bakal dihadapi.

Picture
Berkat semangat, kesungguhan dan minat yang kuat, Henrietta berjaya menjadi bintang bola sepak wanita MVP skuad kebangsaan!

SOURCE: iloveborneo

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.