DIOUF INGIN KEKAL BERSAMA SABAH RHINOS SANGKAL SPEKULASI MENYERTAI JDT!

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
JDT ialah Real Madrid Malaysia - Diouf.
( 📸 ©karmenlunarxisc)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


DIOUF KEKAL BERSAMA SABAH RHINOS

DIOUF INGIN KEKAL BERSAMA SABAH RHINOS SANGKAL SPEKULASI MENYERTAI JDT!

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
DIOUF KEKAL BERSAMA SABAH RHINOS .
( 📸 ©Sabah FA)
“Ia adalah kunjungan mesra dan tiada kaitan dengan tawaran kontrak baharu oleh JDT seperti khabar angin yang tersebar dalam kalangan peminat,” demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Rhinos, Datuk Seri Panglima TC Goh dalam satu kenyataan berhubung kehadiran ketua pasukan, El Hadji Diouf di Johor, baru-baru ini.

Beliau berkata, bekas penyerang Liverpool itu akan kekal bersama skuad Badak sehingga akhir musim ini. Ia sekali gus menafikan khabar angin di laman sosial kononnya Diouf akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), susulan jemputan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Diouf untuk menyaksikan aksi skuad Harimau Selatan, baru-baru ini.

TC Goh yang juga pengurus pasukan turut mengesahkan Diouf akan kekal bersama Sabah Rhinos bagi membantu pasukan itu mencapai sasaran layak ke Liga Super musim 2016. “Diouf sebelum ini mendapat jemputan Tengku Mahkota Johor untuk menghadiri perlawanan antara JDT dan Felda United pada 3 Mei lalu.,” katanya, hari ini.

Goh juga memberi jaminan kepada peminat skuad Sabah bahawa Diouf akan terus melakukan yang terbaik demi memastikan pasukan kekal memberi saingan dalam Liga Perdana sepanjang musim ini.

Aksi Diouf ditagih pasukan

Katanya, Diouf kini bercuti bersama keluarganya di Senegal dan akan kembali ke Sabah tidak lama lagi untuk persediaan menghadapi baki saingan Liga Malaysia.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sejak kehadiran Diouf, skuad Sabah kembali digeruni apabila menunjukkan aksi memberangsangkan apabila berada dalam kelompok teratas liga, selain berjaya menarik semula ribuan penyokong untuk kembali membanjiri Stadium Likas.
( 📸 ©Sabah FA)
Sepanjang aksi bersama skuad Sabah musim ini, sudah menjaringkan empat gol di samping membentuk gandingan mantap bersama dua lagi pemain import, Joel Chianese dan Eamon Zayed.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Seorang lagi pemain import Sang Badak ialah bekas pertahan kental Hull City dalam Liga Perdana Inggeris, Abdoulaye Faye.
( 📸 ©http://sabahup2date.blogspot.com)


SOURCE: Sabahup2date.blogspot.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.