16 pemain termahal setiap pasukan dalam Liga Super 2021 - transfermarkt

Kickbola.net Gabungan 16 pemain termahal setiap pasukan dalam Liga Super 2021!

Koleksi Bintang Termahal Liga Super

Jika nilai pasaran pemain termahal setiap pasukan Liga Super digabungkan, ia mencecah hampir RM22 juta berdasarkan nilai yang dikeluarkan laman sesawang terkemuka, transfermarkt.co.uk.

N
ilai RM22 juta itu diperoleh daripada 16 pemain yang dilihat memiliki nilai pasaran tertinggi dalam pasukan masing-masing yang menyaksikan pemain import mendominasi ‘carta’ dalam kalangan pemain daripada pasukan terbabit.

Namun, ada juga beberapa pemain yang berkongsi nilai pasaran tertinggi yang sama membabitkan pemain import dan pemain tempatan.

Lebih mengejutkan adalah pemain Sabah FC, Sam Johnson muncul pemain termahal Liga Super musim ini selepas memegang ‘tanda harga’ setinggi RM3.3 juta diikuti penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera dengan RM3 juta.

Meskipun bergelut di dasar Liga Super, penyerang UiTM FC, Nana Poku muncul sebagai pemain ketiga termahal Liga Super pada nilai RM2 juta disusuli pemain tengah Terengganu FC (TFC), Makan Konate dengan RM1.9 juta.

Pemain termahal Selangor FC (SFC) pula menjadi milik pemain tengah mereka, Oliver Buff (RM1.7 juta) serta penyerang import dari Ukraine, Yevhen Bokhashvili memegang status sebagai pemain termahal Sri Pahang FC (RM1.6 juta).

Bagi pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, empat pemain muncul sebagai pemain termahal pasukan itu pada nilai yang sama (RM1.5 juta) iaitu Baddrol Bakhtiar, Rabih Ataya, Kpah Sherman dan Renan Alves.


Perak FC pula memiliki tiga pemain termahal iaitu Guilherme de Paula, Shahrul Saad dan Careca selepas masing-masing diletakkan nilai pasaran juga sebanyak RM1.5 juta.

Nilai RM1.5 juta turut diletakkan kepada dua pemain KL City FC iaitu Dominique da Sylva dan Romel Morales sekali gus meletakkan dua pemain itu sebagai pemain termahal skuad ‘Warga Kota.’

Begitu juga dengan pemain Melaka United (MU), Alex Goncalves yang turut bernilai RM1.5 juta untuk menjadi pemain termahal pasukan itu disusuli pemain termahal Penang FC yang juga pemain import, Sheriddin Boboev (RM1.2 juta).

PJ City FC yang menampilkan keseluruhan anak tempatan menjadi satu satunya pasukan dengan pemain termahal tidak melebihi RM1 juta iaitu K Barathkumar yang memiliki nilai pasaran sebanyak RM766,000.


Gabungan 16 pemain termahal setiap pasukan dalam Liga Super 2021!
Jeremy Renner
1. Sam Johnson – Sabah – RM3.3 juta
Jeremy Renner
2. Gonzalo Cabrera – JDT – RM3 juta
Jeremy Renner
3. Nana Poku – UiTM – RM2 juta
Jeremy Renner
4. Makan Konate – TFC – RM1.9 juta
Jeremy Renner
5. Oliver Buff – Selangor – RM1.7 juta
Jeremy Renner
6. Yevhen Bokhashvili – Sri Pahang – RM1.6 juta
Jeremy Renner
7. Baddrol Bakhtiar - Kedah – RM1.5 juta
Jeremy Renner
8. Rabih Ataya – Kedah – RM1.5 juta
Jeremy Renner
9.Kpah Sherman – Kedah – RM1.5 juta
Jeremy Renner
10. Renan Alves – Kedah – RM1.5 juta
Jeremy Renner
11. Guilherme De Paula – Perak – RM1.5 juta
Jeremy Renner
11. Shahrul Saad – Perak – RM1.5 juta
Jeremy Renner
11. Careca – Perak – RM1.5 juta
Jeremy Renner
12. Dominique Da Sylva – KL City – RM1.5 juta
Jeremy Renner
13. Romel Morales – KL City – RM1.5 juta
Jeremy Renner
14 Alex Goncalves – Melaka – RM1.5 juta
Jeremy Renner
15. Sheriddin Boboev Penang FC RM1.2 juta
Jeremy Renner
16. K Barathkumar – PJ City –RM766,000
Jumlah keseluruhan RM21.97 juta.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.