Liga Malaysia 2023: Sabah umum berpisah dengan Embalo, ikat Wilkins dua tahun lagi

🦏 Muito Obrigada José Embaló!

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



SETELAH mengesahkan tempat ke kejohanan Piala AFC musim 2023/2024, Sabah FC pantas melakukan kerja pemantapan pasukan dengan melepaskan pemain yang kurang memberi impak serta mengikat pemain yang ada dibawah perancangan Datuk Ong Kim Swee.

Picture
Sabah FC pun pantas lakukan gerak kerja ni ! Radu Sabah !

Menerusi hantaran di media sosial rasmi kelab, Sabah FC mengumumkan perpisahan bersama Jose Embalo yang gagal menunjukkan aksi sebenar kerana sering dibelenggu kecederaan yang membangkitkan kemarahan para penyokong skuad Badak.

Embalo yang masuk pada pertengahan musim menggantikan Neto Pessoa lebih banyak menghabiskan masa merawat kecederaan berbanding beraksi di dalam padang sehingga menggangu perancangan pasukan dan hanya mampu menjaringkan satu gol dari tujuh perlawanan.  
Dengan perkhabaran ini, sudah pasti Sabah FC akan mendapatkan khidmat penyerang import baharu bagi menghadapi saingan Liga Super 2023 selain akan bersaing di dalam Piala AFC buat julung kalinya.

Dalam perkembangan yang sama, Sabah turut mengumumkan telah menandatangani kontrak Stuart Wilkin secara tetap dari status pinjaman dari Johor Darul Ta’zim sebelum ini.

Pemain tengah berdarah warisan Inggeris-Malaysia itu adalah antara nadi utama kekuatan pasukan Sabah musim ini dengan melakukan 18 penampilan dan berjaya menjaringkan dua gol.

Picture
Ekoran dari persembahan cemerlangnya di Sabah, dia telah dipanggil menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya sebagai persediaan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di bawah seliaan Kim Pan Gon.

Sabah juga dijangka mengekalkan barisan pemain senior sedia ada seperti Park Tae Su, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Khairul Fahmi Che Mat dalam skuad 2023 dan mungkin beberapa nama lain akan menyertai pasukan untuk menambah keseimbangan pasukan.

Sabah FC menamatkan cabaran Liga Super 2022 di tangga ketiga di belakang juara, Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC sekaligus layak ke Piala AFC atas tiket tempat ketiga Liga Super selepas JDT menyapu bersih kesemua trofi domestik.

SOURCE: Flash Sukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.