Spekulasi mengenai kedudukan jurulatih kelahiran Perancis Phillipe Troussier bersama Harimau Malaya akan diketahui pada Februari depan.
Walaupun nama bekas jurulatih skuad Piala Dunia Jepun 2002 itu dikatakan calon pilihan untuk menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih enggan membuat pengesahan buat masa ini.
Namun Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan sudah meneliti senarai lima calon yang disenarai pendek bagi menduduki kerusi panas itu sebelum diumumkan selewat-lewatnya bulan depan.
“Apa yang boleh saya katakan, kami sudah semakin hampir untuk menandatangani kontrak dengan jurulatih baru, sama ada import atau tempatan, kita tunggu dan lihat. Kami mungkin mengumumkan nama calon itu dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya Februari nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola