Sabah FC bangkit bergaya benam Perak di Likas

Kickbola.netLevy Madinda​ meluru kearah Jurulatih Sabah selepas menjaringkan gol sepakan percuma menentang Perak FC

Sabah FC bangkit benam Perak di Likas

Likas: Sabah FC bangkit daripada ketinggalan sebelum membenam Perak FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

P
ermainan agak seimbang pada 15 minit pertama permainan dengan tiada cubaan bahaya dilakukan kedua-dua pasukan walaupun Sabah FC dilihat beberapa kali mencemaskan kubu pelawat.

Pada minit ke-20, Saddil Ramdani memiliki peluang baik selepas menerima hantaran Mohd Amri Yahya, namun, cubaan kaki kirinya lemah dan bola terus ke dakapan penjaga gol.

Seminit kemudian, Amri pula memiliki peluang hasil hantaran lintang Mohd Azzizan Nordin, bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu tidak sempat menanduk bola berkenaan yang sedikit deras.

Kickbola.net Pada minit ke-26, Perak FC mendiamkan Stadium Likas selepas berjaya memperoleh gol pertama hasil sepakan percuma cantik daripada Nazirul Naim Che Hashim bagi menjadikan kedudukan 1-0.
Tersentak dengan jaringan itu, Sabah menggandakan usaha untuk memburu gol penyamaan namun serangan bahaya mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.


Pada minit ke-29, penjaga gol Perak FC Muhammad Hafizul Hakim bertindak cemerlang menumbuk keluar cubaan deras Alto Linus dari jarak jauh.

Kickbola.net Amri juga sekali lagi mempunyai peluang baik pada minit ke-37 namun beliau gagal membuat penyudah baik selepas mendapat hantaran Azzizan di dalam kotak penalti dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.
Bermula separuh masa kedua, Perak FC dilihat garang di awal permainan apabila memiliki dua peluang awal.


Pada minit ke-46, kecuaian penjaga gol tuan rumah, Robson Rendy Rining hampir membuatkan pintu golnya sekali lagi bocor namun Careca yang berjaya menyambar hantaran Robson gagal menemui sasaran yang diharapkan.


Dua minit kemudian, Careca sekali lagi mencemaskan pintu gol Sabah FC namun kali ini Robson bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan.

Kickbola.net Pada minit ke-65, gol yang dicari Sabah FC akhirnya menjelma hasil cubaan cantik Amri selepas menerima hantaran Alto bagi menjadikan kedudukan 1-1.
Lima minit kemudian, Leandro melakukan sepakan percuma cantik namun Robson sekali lagi berjaya menyelamatkan pintu golnya.

Kickbola.net Levy Madinda wira Sabah FC!
Pada minit ke-79, pemain import Sabah FC, Levy Madinda yang dimasukkan pada babak kedua muncul wira apabila sepakan percuma leretnya terus menewaskan penjaga gol lawan bagi menjadikan kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.