'Raja Bolasepak Malaysia' hanya tunggu masa

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Heberty Fernandes meraikan jaringan ketika menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
( 📸 ©NSTP/NUR AISYAH MAZALAN)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


JDT hanya tunggu masa

Melihat kepada prestasi luar biasa mereka, tiada lagi halangan untuk terus memegang gelaran juara dimenangi sejak 2014 dan mengekalkan status 'Raja Bolasepak Malaysia'.

Hanya satu kemenangan sahaja lagi diperlukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Keadaan itu sekali gus bakal menyaksikan Harimau Selatan melakar rekod baharu selaku pasukan pertama berjaya mempertahankan kejuaraan liga utama Malaysia selama sedekad.

Aksi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Darul Aman, 26 Ogos ini menjadi perlawanan 'final' buat anak buah Esteban Solari untuk mengeshakan kejuaraan.

Malah, secara kasarnya satu mata berdepan KDA sudah memadai buat JDT untuk meletakkan trofi Liga Super dalam genggaman mereka berdasarkan jumlah perbezaan gol yang terlalu tinggi berbanding pencabar terdekat, Selangor.

Bagaimanapun, JDT mungkin tidak rela tercicir mata meskipun beraksi di gelanggang lawan kerana misi lebih besar dibawa mereka adalah untuk mencipta rekod pasukan sulung merekodkan kemenangan bersih sepanjang musim dalam Liga Super.

Juara Piala AFC 2015 itu ternyata memiliki kelebihan yang sangat besar untuk mengesahkan kejuaraan lebih awal apabila masih berbaki enam perlawanan, satu aksi melebihi Selangor yang sudah bermain 21 perlawanan liga musim ini.

Hakikat sebenarnya gelaran juara 2023 sudah berada dalam genggaman JDT dan hanya menunggu masa untuk disahkan dan nama mereka diukir pada trofi Liga Super.

Melihat kepada prestasi luar biasa anak buah Solari sepanjang musim ini, tiada lagi halangan untuk mereka terus memegang gelaran juara yang dimenangi sejak 2014 dan mengekalkan status 'Raja Bolasepak Malaysia'.

Pertarungan perebutan kejuaraan Liga Super musim ini juga boleh dikatakan sudah berakhir dengan hanya tinggal gelaran naib juara yang menjadi rebutan beberapa pasukan termasuk Selangor, Kedah Darul Aman (KDA), Sabah dan Sri Pahang.

Selepas turut mempertahankan kejuaraan Piala FA bulan lalu, hanya tinggal gelaran Piala Malaysia sahaja yang perlu dipertahankan JDT untuk mereka sekali lagi menyapu bersih semua trofi saingan domestik.

Harimau Selatan juga berpeluang cerah untuk menyamai pencapaian Kedah yang memenangi kejuaraan 'treble' dua kali berturut-turut pada 2007 dan 2008.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.