West Ham United tidak sanggup tunggu Harry Maguire

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kontrak bek tengah Manchester United, Harry Maguire masih berbaki dua tahun. .
( 📸 ©AGENSI)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Perpindahan Harry Maguire ke West Ham gagal disempurnakan selepas pertahanan Manchester United itu menuntut pampasan 15 juta pound (RM87.85 juta).

The Hammers berminat mendapatkan bekas kapten United itu dan bidaan mereka bernilai 30 juta pound (RM175.7 juta) dipersetujui oleh United.

Bagaimanapun West Ham terpaksa melupakan perpindahan itu kerana enggan menunggu lebih lama untuk rundingan pampasan antara Maguire dan United.

Maguire bersedia menerima gaji lebih rendah di luar Old Trafford dan United turut bersedia membayar pampasan bernilai 6 juta pound (RM35.14 juta) kepada bek tengahnya itu.

Namun Maguire, yang tercicir daripada kesebelasan utama United musim lalu, mahu jumlah pampasan lebih besar. Kontraknya di Old Trafford masih berbaki dua tahun.

Pengendali United, Erik ten Hag mahu bek England itu terus bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Bagi Harry, dia perlu bersaing merebut tempatnya. Dia mempunyai kualiti untuk menjadi bek tengah kelas dunia, dan kini dia yang terbaik untuk England.

"Dia sepatutnya menjadi yang terbaik untuk kami, tetapi dia perlu membuktikannya. Jika dia tidak yakin untuk bersaing, dia perlu pergi.

"Dia perlu membuat keputusan, tetapi saya gembira dengannya," kata Ten Hag selepas kemenangan 1-0 ke atas Wolves pada aksi pembukaan Liga Perana Inggeris.

Pertahanan Bayern Munich, Benjamin Pavard antara calon utama yang akan menggantikan Maguire.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu tidak sabar untuk menyarung jersi United, tetapi Ten Hag perlu melepaskan Maguire untuk menampung pembelian Pavard. - AGENSI

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.