Liga Pro Saudi gamit Neymar, setuju sertai Al-Hilal

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Neymar (kiri) bersama Presiden Al-Hilal, Fahad bin Nafel selepas menandatangani kontrak bersama pasukan itu.
( 📸 ©AFP)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Neymar minta lapan kereta mewah, tiga sauna dan disediakan jet peribadi

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Bintang bola sepak Brazil, Neymar turut meminta disediakan jet peribadi bagi kegunaannya dan keluarga bila mana mereka mahu bercuti. .
(📸 ©Twitter AlHilal Saudi Club)
Neymar baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal dengan kontrak 2 tahun dengan gaji RM14.7 juta seminggu.

Al-Hilal tidak mendapatkan Neymar dengan harga yang murah dimana Al-Hilal membayar PSG RM459.4 juta.

Neymar turut meminta :

1. 3 kereta mewah untuk dirinya (Bentley Continental GP, Aston Martin DBX & Lamborghini) bernilai RM3 juta
2. 4 Mercedes G Wagons untuk ahli keluarganya serta pengiringnya
3. 1 van Mercedes dengan seorang pemandu
4. Pemandu itu mesti bersiap sedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dirianya, rakan-rakan dan ahli keluarganya.
5. Peti ais di rumahnya mesti sentiasa dipenuhi dengan minuman jus acai daripada jenama kegemarannya serta minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya
6. 3 suana dibina di rumahnya
7. Di rumahnya perlu ada 5 pekerja sepenuh masa termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta 2 orang bagi kerja pembersih.
8. Kos penginapan di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.
9. Menggunakan jet peribadi bila mana dia atau keluarganya memerlukan untuk bercuti.
10. Kolam renang di rumahnya dengan ukuran khusus sekurangnya-kurangnya 10 meter lebar dan 40 meter panjang
11. Rumah perlu minimum 25 bilik untuk rakan-rakannya, keluarga, pengiring serta pembantunya boleh tinggal bersama.

Neymar lengkapkan perpindahan ke Al-Hilal

NEYMAR telah melengkapkan perpindahan ke pasukan Arab Saudi, Al Hilal selepas enam tahun bersama kelab gergasi Perancis, Paris St Germain (PSG).

Penyerang Brazil itu menandatangani kontrak selama dua tahun dan mengikut jejak langkah beberapa pemain terkemuka dunia seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Sadio Mane menukar perjalanan karier dari Eropah ke Timur Tengah.

“Saya telah mencapai banyak kejayaan di Eropah dan menikmati masa istimewa, tetapi saya sentiasa mahu menguji diri saya dengan cabaran dan peluang di tempat baharu.

“Saya mahu menulis sejarah sukan baharu dan Liga Pro Saudi mempunyai suasana yang luar biasa serta pemain berkualiti pada masa ini.

“Al-Hilal adalah kelab gergasi dengan peminat yang hebat, dan ia adalah pasukan yang terbaik di Asia. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah keputusan yang tepat untuk berpindah ke sini," katanya.

Neymar menyertai PSG dari Barcelona pada 2017 dengan perpindahan rekod dunia sebanyak 222 juta euro (RM1.12 bilion), beberapa minggu sebelum mereka merekrut Kylian Mbappe.

Pemain Brazil itu menjaringkan 118 gol dalam 173 perlawanan untuk PSG, memenangi lima kejuaraan Ligue 1 dan tiga Piala Perancis, namun dibelenggu dengan beberapa masalah kecederaan.

Neymar menjalani pembedahan buku lali kanannya pada awal Mac dan hanya kembali menyertai PSG dalam jelajah pramusim mereka di Asia baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia tidak lagi berada dalam perancangan jurulatih PSG, Luis Enrique sekali gus dikaitkan dengan perpindahan ke Al-Hilal dan akan menerima 100 juta euro (RM505 juta) semusim.

“Ia sentiasa sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain hebat seperti Neymar yang juga salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Saya tidak akan lupa hari dia tiba di PSG dan apa yang dia telah sumbangkan kepada kelab kami sepanjang enam tahun lepas. Kami mempunyai detik yang hebat dan Neymar akan sentiasa menjadi sebahagian besar dalam sejarah kami,” kata presiden PSG Nasser Al-Khelaifi dalam satu kenyataan.

Neymar setuju sertai Al-Hilal

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Penyerang Brazil, Neymar dilaporkan bersetuju untuk menyertai Al-Hilal dalam Liga Pro Saudi dari kelab juara Perancis, PSG.
(📸 ©AFP)
Penyerang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar Jr bersetuju untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, musuh utama kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr, menurut laporan di Perancis hari ini.

"Neymar setuju untuk beraksi bersama Al-Hilal dengan menandatangani kontrak dua tahun. PSG dan kelab Saudi itu berunding terma perpindahan penyerang Brazil," menurut laporan akhbar harian terkenal L'Equipe pada Ahad.

Laporan sama menyebut pemain itu akan menerima lebih 160 juta euro (RM805 juta) di kelab itu selepas menghabiskan enam tahun bermain di ibu negara Perancis.

Neymar menyertai PSG pada tahun 2017 dari Barcelona dengan rekod perpindahan dunia ketika itu 222 juta euro (RM1.12 bilion).

PSG, yang kehilangan khidmat Lionel Messi awal tahun ini, turut bergelut untuk mengekalkan bintang Perancis, Kylian Mbappe, yang cuba membuat helah dengan kelabnya sebelum mahu meninggalkan kelab secara percuma tahun depan.

Jika Neymar berpindah ke Al-Hilal, ia akan menjadi pembelian terbesar liga Saudi, yang menarik minat beberapa pemain ternama Eropah, bermula dengan Ronaldo musim lalu. – AGENSI

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.