Peminat bola sepak tempatan sekali lagi berpeluang melihat dari dekat trofi bola sepak berprestij yang menjadi dambaan dunia, trofi Piala Dunia, yang akan dipamer di PWTC di sini 5 Januari ini.
Menurut FIFA, Kuala Lumpur antara lokasi persinggahan trofi itu dalam Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014.
Trofi itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 3 Januari ini dan diikuti pelbagai aktiviti yang diatur oleh Coca-Cola, selaku rakan kongsi korporat FIFA.