Irfan, Fadhli sah sarung jersi Johor DT untuk mengharungi musim 2014/2015

Dua tonggak Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail dan Muhd. Fadhli Shas sah bakal menyarung jersi gergasi Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (Johor DT), musim depan.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam, namun butiran lanjut hanya akan didedahkan pada majlis memperkenalkan pemain di Stadium Larkin, hari ini. 



Irfan (tengah) dan Fadhli (pertahanan), kedua-duanya berusia 22 tahun antara enam tonggak Harimau Muda yang dilepaskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) awal bulan ini untuk membolehkan mereka mencari haluan baharu.
 

Turut dilepaskan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd. Izham Tarmizi Roslan, A. Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri. 

 
Kesemua pemain ini diberi masa sehingga akhir bulan ini untuk mencapai keputusan pasukan manakah yang mahu mereka wakili, sebelum kembali memberi tumpuan kepada misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA, Disember ini.

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.