Gergasi Merah mengamuk di Paroi
Tiga mata yang diperoleh skuad The Red Giants memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam carta liga di tempat kedua dengan mengumpul 49 mata.Biarpun beraksi di tempat lawan, ia tidak merencatkan kemampuan Selangor mendominasi perlawanan dengan serangan yang dilancarkan bertali arus ke kubu pertahanan Negeri Sembilan.
Selangor mempertaruhkan Richmond Boakye Yiadom, Yohandry Jose Orozco dan Ayron Del Valle dalam bahagian serangan jelas cukup berbisa apabila kerap melakukan percubaan ke arah pintu gol Negeri Sembilan dan berjaya mendahului separuh masa pertama hasil jaringan Richmond pada minit ke-26.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-58 untuk menggandakan jaringan menerusi jaringan Ayron Del Valle.
Selesa mendahului permainan, Selangor berjaya menghasilkan gol ketiga dan keempat menerusi jaringan Orozco pada minit ke-74 dan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-83 untuk menamatkan aksi dengan Selangor menang bergaya
SOURCE: Stadium Astro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola