Sabah FC B23 labuh tirai Piala MFL dengan kemenangan

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Sabah FC B23 labuh tirai Piala MFL dengan kemenangan.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Skuad B-23 Sabah tamatkan kempen dengan kemenangan

Pasukan Sabah FC bawah 23 tahun (B23) melabuh tirai Piala MFL dengan kemenangan 3-1 ke atas Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Likas di sini, malam tadi.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Skuad B-23 Sabah tamatkan kempen dengan kemenangan (Foto ©Sabah Media)
Kejayaan itu menepati sasaran jurulatih pasukan, Johnny Dominicus untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan terakhir itu.

Beraksi dengan keyakinan dilaman sendiri, tuan rumah tersentak dengan jaringan awal Skuad Projek FAM-MSN melalui Haikal Hakim pada minit kelapan separuh masa pertama akibat kesilapan penjaga gol, Joffy John yang tidak menduga percubaan daripada pemain pasukan pelawat.

Meskipun sepakan tersebut tidaklah begitu kencang namun Joffy gagal menangkap bola dengan kemas menyebabkan bola terlepas ke gawang gol.

Perubahan di jentera serangan Sabah FC dilakukan jurulatih dengan menggandingkan penyerang Azhad Harraz dengan Hizaz Lokman yang sebelum ini beraksi di posisi sayap telah memberi impak dan membuahkan hasil.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) AZHAD (kanan) meraikan jaringannya bersama Hizaz pada perlawanan itu. (Foto ©DE)
Azhad berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-32 dan terus memberi tekanan kepada pasukan pelawat dan akhirnya sekali lagi menghasilkan gol kedua pada minit ke-42 untuk memintas lawan 2-1.

Skuad Projek FAM-MSN yang menggabungkan kelibat pemain muda berbakat dari seluruh negara sentiasa berusaha dan melakukan asakan kepada tuan rumah namun ia dapat dikekang dengan usaha berhati-hati pemain untuk menutup setiap ruang serangan yang berbahaya.

Gol ketiga tuan rumah dijaringkan pemain pertahanan, Richie Svenson pada masa tambahan di babak separuh masa kedua.

Kebangkitan semula penjagal gol tuan rumah yang melakukan kesilapan di awal permainan turut membantu menghalang asakan lawan sekali gus menyerlahkan permainan sebenarnya walaupun ini pertama kali dia menggalas tugas di benteng terakhir.

Sebelum itu, jurulatih Johnny Dominicus berharap pasukannya dapat memenangi perlawanan itu sebelum menutup tirai perlawanan Piala MFL musim ini.

Katanya, tidak banyak perubahan dilakukan dalam pasukan namun harapannya untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Carta Kedudukan Piala MFL 2023

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) * Selepas Hari Perlawanan 14 (Terakhir) pada Isnin, 24 Julai 2023 (Foto ©FA Malaysia) #FAM #HarimauMalaya #SPFM #PialaMFL2023
Skuad Projek FAM-MSN kendalian Noor Zaidi Rohmat menamatkan saingan di tangga ketujuh kumpulan selepas tewas 3-1 kepada Sabah FC malam tadi.

SOURCE: Sabah Media

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.