12 Wonderkid anak pemain bola sepak terkenal yang mempunyai masa depan cerah

Kickbola.net Pemain berusia 21 tahun itu mungkin tidak akan mampu menyamai pencapaian bapanya yang pernah menjuarai Liga Juara Juara, Piala Amerika dan Piala Dunia - tetapi dia kelihatannya sedang menikmati karier yang baik.

12 anak pemain bola sepak terkenal yang mempunyai masa depan cerah

Portal sukan terkenal, goal.com melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan senarai 12 wonderkis dalam dunia bola sepak hari ini mengikut urutan dari yang terbaik hingga seterusnya.

G
elaran wonderkid atau bocah ajaib merupakan gelaran yang diberikan anak muda yang cemerlang dalam bidang yang diceburi yang setanding atau lebih hebat dengan individu lebih tua dan berpengalaman.

Kalau dalam bola sepak merujuk kepada pemain remaja yang berbakat besar serta mempunyai potensi tanpa batas untuk mencapai status pemain bintang lalu menjadi masa depan bola sepak.

Namun tidak semua wonderkid ini akan mencapai potensi diri sebenar seperti yang dijangkakan atas pelbagai faktor antaranya seperti disiplin, kecederaan serta masalah peribadi.

1. Justin Kluivert

Justin Kluivert, anak kepada Patrick telah membuat penampilan senior pertamanya bersama Ajax pada usia 17 tahun. Kami senaraikan beberapa pemain muda yang mengikut jejak langkah bapa mereka.

Antara pemain remaja Ajex adalah Kluivert yang berusia 17 tahun.


Pemain sayap kanan itu telah mewakili Belanda dari peringkat Bawah-15 hingga Bawah-18 setakat ini, dan kelihatan akan terus kekal dalam skuad senior Ajax dalam masa terdekat.


Namun dia masih mempunyai tugas besar mencontohi bapanya yang menjaringkan gol kemenangan Liga Juara Juara menentang Milan ketika berusia 18 tahun.

2. Giovanni Simeone

Sementara Diego menikmati masa gemilang bersama Atlético Madrid, anaknya Giovanni kini bintang Serie A selepas menyertai Genoa dari River Plate.


Gio yang merupakan penjaring terbanyak Kejohanan Remaja Amerika Selatan 2015, telah menjaringkan 10 gol dalam 20 perlawanan untuk the Grifone.


3. Leroy Sane

Tidak seperti kebanyakan dalam senarai ini, Sane tidak perlu diperkenalkan lagi.


Penyerang Manchester City itu dikenali sebagai salah seorang pemain muda paling menyerlah di Bundesliga sebelum menyertai skuad Pep Guardiola.


Bapanya Souleyman juga beraksi di Jerman bersama Freiburg, Nurnberg dan Wattenscheid.

4. Rivaldinho

Tidak perlu seorang genius untuk mengenali identiti bapa Rivaldinho.


Pemain berusia 21 tahun itu mungkin tidak akan mampu menyamai pencapaian bapanya yang pernah menjuarai Liga Juara Juara, Piala Amerika dan Piala Dunia - tetapi dia kelihatannya sedang menikmati karier yang baik.


Masanya di kelab Portugal, Boavista pada 2015 tidak bertahan lama tetapi dia berjaya pindah ke Internacional pada Mei 2016.

5.  Enzo Fernandez

Zinedine bukan satu-satunya keluarga Zidane yang bekerja di Real Madrid: anaknya Enzo Fernandez - menggunakan nama keluarga ibunya - telah berada di kelab selama 12 tahun kini.


Fernandez yang berusia 21 tahun merupakan pemain tengah yang membuat penampilan skuad utama - dan menjaringkan gol - pada November 2016.


6. Jordan Lukaku

Romelu bukan satu-satunya Lukaku yang bermain dalam bolasepak Eropah, dengan bek kiri Jordan kini di Lazio selepas berpindah ke Serie A.


Bapanya Roger membuat 20 penampilan dengan kelab Belgium, Oostende sebelum bersara.

7. Christian Maldini

Apabila Paolo Maldini bersara dari bola sepak selepas 24 tahun beraksi dengan Milan pada 2009, jersi No.3 telah dibersarakan demi memberi kehormatan kepadanya.

Jersi itu tidak akan dipakai lagi sehingga salah seorang anak Maldini berjaya mendapat tempat di kelab itu, dengan Christian dilihat sebagai yang terbaik untuk mengikut jejak langkah bapa dan datuknya.

Perjalanannya masih jauh: Maldini Jr. meninggalkan Milan untuk Reggina dan telah dipinjamkan ke Hamr Spartans.

8. Luka Zahovic

Dilahirkan di Portugal, beraksi di Belanda dan mewakili Slovenia di peringkat Bawah-21, Zahovic mungkin menjalani karier seperti bapanya Zlatko yang pernah bekerja di Serbia, Portugal, Greece, Sepanyol dan Slovenia.


Selepas menjalani tahun yang baik dengan Maribor, Luka menyertai Heerenveen pada 2015.


9. Oan Djorkaeff

Youri Djorkaeff juga merupakan anak kepada pemain bola sepak, dimana bapanya Jean mewakili Lyon, Marseille, PSG dan Paris FC. Karier Youri lebih baik - 82 penampilan bersama pasukan kebangsaan dan bermain untuk Inter, PSG dan Monaco - Oan telah menyambung dinasti itu.


Pemain berusia 19 tahun Montpellier itu dijangka bakal mewakili negara pada masa hadapan.

10. Niall Keown

Seperti bapanya Martin, Niall Keown adalah seorang pemain pertahanan yang kini beraksi untuk Patrick Thistle secara pinjaman dari Reading.


Pemain berusia 21 tahun itu membuat penampilan dari bangku simpanan sebanyak dua kali dalam skuad utama tahun 2015 tetapi kebanyakannya terlibat dalam skuad remaja selepas itu.


11. Ianis Hagi

Ianis yang berusia 19 tahun di beli oleh Fiorentina selepas mengetuai pasukan bapanya Viitorul Constanta dalam liga Romania pada usia 17 tahun.


Biasanya penyokong di negara kelahirannya berharap agar dia akan mencapai kejayaan seperti Georghe beraksi untuk negaranya.


Dia telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan untuk Romania Bawah-19 walaupun dia pastinya lebih berjaya juka mampu mengikut jejak langkah bapanya.

12. Tom Rosenthal

Bekas penyerang Liverpool, Tottenham dan Watford, Ronnie Rosenthal beraksi untuk Israel sebanyak 60 kali, tetapi anaknya Tom lebih berminat untuk mewakili Belgium - negara kelahiran ibunya. Pemain itu menyertai QPR pada 2015 telah dilepaskan selepas hanya satu musim.


Kini dia sedang mencari kelab baru.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.