Telekom Malaysia taja RM50 juta Liga-M 2015

Kickbola.netTelekom Malaysia taja RM50j Liga-M 2015
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Telekom Malaysia taja RM50 juta Liga-M 2015

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hingga kini masih belum memberi kata putus mengenai penajaan Liga Malaysia (Liga M) musim ini walaupun dikatakan Telekom Malaysia Berhad (TM) semakin hampir mendapatkan hak sebagai penaja utama dengan nilai RM50 juta setahun.

Masalah kelewatan penyelesaian urusan penajaan itu berpunca daripada tindakan FAM yang melantik syarikat luar untuk membuat kajian mengenai nilai Liga M yang sebelum ini menerima tajaan RM200 juta daripada Astro Media bagi tempoh empat tahun bermula 2011 dengan bayaran RM30 juta untuk hak penyiaran setiap tahun manakala baki RM100 juta bagi aktiviti promosi.

Menurut sumber badan induk itu, kesudian TM untuk menjadi penaja Liga M bagi musim 2015 pasti akan melegakan FAM kerana ramai pihak yang pada mulanya berminat menjadi penaja teragak-agak dengan pakej kontrak setahun berbanding tempoh lebih lama.

“Berdasarkan maklumat saya peroleh, TM bersedia menjadi penaja utama Liga M untuk tempoh setahun musim ini. Kebanyakan penaja lebih berminat dengan kontrak jangka masa panjang antara tiga hingga lima tahun, tapi FAM tampak tidak bersedia dengan tawaran itu.

“FAM masih lagi dalam proses mengkaji semula nilai Liga M yang dilakukan sebuah syarikat luar yang dilantik, ini menjadi punca kelewatan urusan ini,” katanya semalam.

TM bukan asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila turut menjadi penaja skuad kebangsaan dengan tajaan kira-kira RM27.8 juta bagi tempoh empat tahun hingga Jun tahun ini.

Selepas kontrak Astro bersama FAM berakhir awal bulan ini, beberapa syarikat tempatan sudah mula mengintai peluang untuk menjadi penaja utama Liga M yang kini kembali mendapat perhatian peminat tanah air.

Dilaporkan antara yang membuat tawaran adalah Astro bersama FoxSport sebanyak RM45 juta, Media Prima (RM72 juta) dan Zenith Media RM75 juta. Bagaimanapun FAM dikatakan tidak menerima tawaran itu kerana mahukan ikatan perjanjian tempoh singkat selama setahun musim ini.

Liga M bakal bermula 31 Januari ini dengan mempertemukan juara Piala Malaysia Pahang dan juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT) bagi aksi pembuka tirai Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.