Kenali Shahrudin Yakup pemain JDT II musim Liga Malaysia 2014

Shahrudin Yakup, pemain JDT II menambat hati jurulatih, Azmi Mohamad apabila menjaringkan gol dalam setiap perlawanan persahabatan.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Malam ini, beliau sekali lagi membuktikan dia antara pemain yg perlu diberi perhatian lawan apabila menjaringkan gol ke-5 membolehkan JDT II menang 5-0. Lain2 penjaring - Zameer, Mohd Alif, Mohd Nursalam dan Jose Manual.

Artikel semasa bermain untuk Sabah FA

Pemilihan Shahrudin satu penghormatan

PEMILIHAN pemain sayap kiri Sabah, Shahrudin Yakup yang dipanggil menyertai sesi latihan skuad Harimau Malaya bermula semalam diharap mampu menyuntik semangat pemain lain untuk terus berjuang mengharungi Liga Super hingga mencapai sasaran ditetapkan.

Picture
Shahrudin Yakup semasa menentang negeri kelahirannya, Sabah FA semasa mewakili Malaysia. Pada perlawanan persahabatan ini memberi tekanan kepada Rozaimi abd Rahman yang merupakan rakan pasukan masa itu.


Bekas Ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai berkata, pemilihan itu satu penghormatan buat pasukan itu bagi menaikkan semangat selain meletakkan nama anak jati tempatan di persada sukan bola sepak negara.

“Walaupun hanya Shahrudin terpilih, ia sudah cukup menaikkan semangat juang pemain seperti pasukan negeri lain yang turut mempunyai wakil dalam skuad kebangsaan.

“Saya terkejut apabila dihubungi jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang meminta supaya Sharudin menghadiri latihan skuad Harimau Malaya,” katanya.

Justin berkata, panggilan menyarung jersi kebangsaan itu satu pengiktirafan dan penghormatan terbesar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pemain yang pernah bermain untuk Sabahawks itu.

Katanya, tiga pemain Sabah iaitu Mohd Fariss Azlan Mat Isa, Mohd Reithudin Awang Emran dan Rosdin Wasli turut disenarai pendek tetapi Shahrudin lebih bertuah.

“Rajagobal menghubungi saya kali pertama bertanyakan mengenai Sharudin selepas perlawanan menentang PKNS FC di Stadium Petaling Jaya pada 27 Januari lalu.

“Beliau turut memantau aksi Shahrudin ketika pertemuan menentang Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur.” Katanya, pemain Sabah wajar diberi peluang beraksi dalam skuad kebangsaan berikutan aksi membanggakan ditunjukkan termasuk mengekang asakan Kelantan dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Likas, 8 Februari lalu.


Pemain berasal dari Labuan itu dijangka mempamerkan aksi sulungnya dalam skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan antara Sabah dan Harimau Malaya di Stadium Likas.

Terdahulu, Ronny Harun dan Bobby Gonzales turut mendapat perhatian Rajagobal musim lalu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.