Lee Tuck tinggalkan KDA FC
KDA FC hilang khidmat Lee Tuck
ALOR SETAR : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuat pengumuman mengejut apabila mengumumkan pemain berstatus naturalisasinya, Lee Tuck berpisah dengan Sang Kenari.
Lee Tuck mempamerkan komitmen yang tinggi sepanjang bersama Kedah. Foto ihsan KDA FC
Melalui kenyataan yang dikeluarkan media rasmi Sang Kenari sebentar tadi, Kedah memaklumkan perpisahan itu hasil satu persetujuan bersama yang dicapai antara kedua-dua pihak.
Namun, tidak dinyatakan sebab utama perancang tengah itu secara tiba-tiba meninggalkan Sang Kenari yang kini berada di kedudukan ketiga Liga Super.
"Selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Lee Tuck, dengan emosi bercampur-baur kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergiannya.
"Seperti mana-mana perjalanan pemain bola sepak, peralihan adalah sebahagian dalam kerjaya seorang atlet dan keputusan ini dicapai dengan cara yang baik dan kami menghormati keinginan Lee Tuck walaupun dia tidak akan lagi memakai jersi kelab ini, kami tidak ragu-ragu bahawa dia akan terus bersinar dalam kerjaya masa depannya.
"Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Lee Tuck atas khidmatnya yang luar biasa kepada kelab. Semangat, kerja berpasukan, dan kepimpinannya di dalam dan di luar padang memberi inspirasi kepada ramai pemain muda dan peminat," kata kenyataan itu.
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola