KWAN Min Ko (kanan) dihalang oleh Ayron semasa perlawanan tersebut.
Taktikal bukan punca kegagalan - Kim Swee
Kota Kinabalu: Sabah FC kembali tersungkur dengan kekalahan 0-1 kepada Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam Ahad lalu.Pasukan yang meledak empat gol ketika menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Likas seminggu lalu gagal menemui sasaran kali ini.
Seperti yang dijangka, Selangor berharap dapat membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada pusingan pertama dan dengan sokongan penyokong tuan rumah mereka bermula dengan lebih agresif dengan gerakan tanpa henti ke kawasan Sabah.
Kapten Badak, Park Taesu hampir menjaringkan gol sendiri pada minit ke-6 apabila tandukannya ketika cuba mengeluarkan bola sedikit tersasar tatkala penjaga gol Damien Lim sudah tertewas.
Pasukan tuan rumah akhirnya mendahului menerusi pemain import mereka Ayron Del Valle dengan rembatan kencang yang melantun melepasi garisan gol selepas terkena palang pada minit ke-23.
Mereka terus melancarkan serangan bertali arus ke gawang Sabah selepas gol pembukaan itu dan Ayron dinafikan gol kedua apabila rembatan jarak jauhnya ditanduk keluar di atas garisan gol oleh Dominc Tan pada minit ke-43.
Sabah FC cuba bangkit pada babak kedua dan kelihatan lebih mengancam tetapi tidak dapat melakukan sebarang percubaan serius ke pintu gol lawan.
Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-50 apabila pemain import dari Korea, Kwan Min Ko menyaksikan rembatannya terpantul sedikit sebelum terkena palang.
Walaupun kalah, Datuk Ong Kim Swee cukup gembira dengan semangat juang yang dipamerkan pemain.
Itu adalah perkara positif yang anda boleh lihat terutamanya pada separuh masa kedua.
“Kami berusaha keras tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol. Jadi kami benar-benar perlu meningkatkan prestasi kami dalam perlawanan di tempat lawan dan itu adalah kebimbangan utama kami.
“Secara keseluruhan, kami bersaing dengan baik dan ia adalah perlawanan yang seimbang, tetapi pada masa sama kami juga tahu Selangor bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan di tempat sendiri.
“Saya harap kami dapat bangkit daripada ini kerana sangat penting untuk mengekalkan momentum kami,” katanya.
Beliau juga yakin pasukan itu masih boleh memperbaiki kedudukannya di tangga kelima dalam liga ketika ini.
“Masih ada perlawanan untuk dimainkan musim ini. Empat pasukan teratas masih belum bermain antara satu sama lain dan ketika itulah mereka mungkin kehilangan mata, jadi kami masih mempunyai harapan untuk menamatkan saingan di kelompok tiga teratas jika kami cukup konsisten,” katanya.
SOURCE: Daily Express
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola