Harimau Malaya, di bawah bimbingan ketua jurulatih Kim Pan Gon, mencipta sejarah tahun lalu apabila mereka menamatkan penantian selama 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023. — gambar Bernama
Pasukan Ke-97 Dunia Jadi Ujian Hebat Malaysia Ke Piala Asia
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya terlepas daripada berada dalam kumpulan maut, selepas diundi bersama Oman dan Kyrgyzstan dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, yang bermula November ini.
Keputusan Undian.
Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil di sini hari ini, ketiga-tiga pasukan tersebut akan diiringi pemenang aksi playoff antara Taiwan dan Timor-Leste pada Oktober ini.
Berdasarkan ranking dunia, Oman menghuni kedudukan ke-73, Kyrgyzstan (97), Malaysia (136), Taiwan (153) dan Timor-Leste ke 192.
Jadual Perlawanan.
Kesemua pasukan tersebut belum pernah melayakkan diri ke Piala Dunia.
Malaysia sebelum ini tewas dalam tiga aksi persahabatan terakhir menentang Oman, dengan kali terakhir tumpas 0-6 pada 2015 sementara kalah 0-1 di tangan Kyrgyzstan, dalam pertemuan tunggal pada 2018.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon mencipta sejarah tahun lepas, apabila menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023.
Sementara itu, juara Piala Asia empat kali Jepun diundi dalam Kumpulan B bersama Syria, Korea Utara dan pemenang playoff antara Myanmar dan Macau, yang merupakan antara kumpulan maut.
Kumpulan G turut menjadi tumpuan, apabila membariskan juara Piala Asia tiga kali Arab Saudi, Jordan, Tajikistan serta pemenang playoff antara Kemboja dan Pakistan.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mengesahkan tempat di Piala Asia 2027 dan beraksi pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Manakala dua pasukan tercorot, berpeluang merebut slot ke Piala Asia dalam pusingan ketiga kelayakan kejohanan tertinggi benua itu.- BERNAMA
SOURCE: Sabah Media
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola