Penyokong Sabah FC jangan letak tekanan tinggi buat Jos茅 Embal贸

Penyokong Sabah FC jangan letak tekanan tinggi buat Embalo

klik 馃憠 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



KEJAYAAN pasukan Sabah FC membenam cabaran Sarawak United adalah disebabkan kerjasama dari semua pemain dan tidak hanya melibatkan beberapa individu.

Picture
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan pasukan telah memberikan segala-galanya pada separuh masa kedua dan yang paling penting adalah berjaya mengutip tiga mata penuh.

Picture
Ditanya tentang prestasi Jose Embalo yang masih gagal menjaringkan gol, beliau berharap agar penyokong tidak meletakkan tekanan yang terlalu tinggi terhadapnya kerana emosi atau perasaan Embalo juga sudah pasti tidak stabil ketika ditekan dengan begitu hebat.


“Yang penting kita mendapatkan tiga mata, yang mana kita tahu ini bukan perlawanan yang mudah bagi kita dan juga pemain bermain dengan agak baik pada separuh masa kedua. Dengan satu gol pada separuh masa kedua, saya percaya itu mencukupi menjarakkan dengan pasukan lain.

“Sudah tentu prestasi Embalo tidak memuaskan, tetapi saya minta kerjasama semua pihak para penyokong yang inginkan sesuatu daripada Embalo tetapi kita tidak boleh sentiasa meletakkan tekanan yang begitu kuat kepada pemain.



“Saya tidak tahu apa yang Embalo fikirkan sebagai seorang pemain lebih-lebih lagi sebagai seorang individu, bukan mudah untuk mengawal perasaan ketika bermain dan mendapat tekanan yang dihadapi.

“Hari ini, apabila kita berada pada kedudukan yang baik bukan bergantung kepada seorang pemain tetapi bergantung kepada semua pemain, “ujar Kim Swee semasa sidang media selepas tamat perlawanan.


Sementara itu, jurulatih Sarawak United FC, S. Balachandran pula menyifatkan kekalahan pasukan mereka adalah disebabkan kegagalan menyempurnakan peluang yang terhidang.

Bagaimanapun, dia memuji pemain kerana mempamerkan aksi yang terbaik pada separuh masa kedua mengikut taktikal yang diberi dan berjaya meresap tekanan dari Sabah FC.

“Pemain saya main dengan cukup bagus, ikut taktikal, compact dalam pertahanan dan main serangan balas.


“Separuh masa kedua, walaupun menghadapi tekanan daripada Sabah, pemain mampu bagi satu cabaran yang bagus tetapi dalam bolasepak jika kita gagal mengambil peluang, kita tidak boleh memenangi perlawanan.

“Secara keseluruhan pemain saya bermain sungguh bagus,” katanya.

SOURCE: flashsukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 馃憠 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.