Syurga Target Saya' - Shkodran Mustafi

Kickbola.net Shkodran Mustafi merupakan pemain bola sepak Jerman yang bermain sebagai pertahanan tengah untuk kelab Inggeris Arsenal dan pasukan kebangsaan Jerman.
'Islam Penting Buat Saya, Syurga Target Saya' - Mustafi

LONDON - Nama Shkodran Mustafi kini semakin banyak diperkatakan dalam dunia bola sepak sehingga ada yang menyamakannya sebagai Tony Adams yang baru di Arsenal.

Pemenang Piala Dunia bernilai 35 juta pound (RM184 juta) itu, dilihat sebagai bayangan Adams, yang mana patung legenda itu berdiri megah di perkarangan Emirates.

Bekas kapten Gunners tersebut(Adams) merupakan bintang Arsenal yang cukup dihormati dalam sejarah kelab.


Mustafi Curi Tumpuan Dunia

Bagi yang belum tahu, Mustafi satu masa dahulu pernah meraih perhatian dunia apabila enggan memulakan sidang akhbar selagi botol bir yang diletakkan didepannya tidak dialih. Ketika itu dia bersama kelab Valencia.

Namun, Mustafi terpaksa akur kerana jenama bir itu merupakan penaja Valencia dan jenamanya perlu kelihatan dalam televisyen.


Mustafi, yang turut ditawarkan minuman keras ketika mengha­diri sebuah parti sewaktu mewa­kili Everton berkata: “Anda tahu, pada pengakhirannya saya menang pertarungan itu. Saya tidak mahu orang berfikir saya membantu mempromosikan minuman beralkohol tersebut.

Akhirnya, botol itu kekal di letakkan di depan saya, tetapi kelab dan pengeluar minuman berkenaan memohon maaf kerana mereka memahami orang Islam tidak boleh mengambil alkohol. Kini di Valencia mereka menghormati pengangan agama orang lain.

Baru-baru ini, Mustafi muncul dalam satu temurahan dimana dia menegaskan pendiriannya tentang Islam dengan berkata Islam adalah penting untuknya.

"Sebagai seorang muslim, solat amat penting berbanding perkara lain, walaupun kadang kala perjalanan jauh menyebabkan kesukaran saya menunaikan kewajipan itu. 

Kejuaraan Eropah juga menyukarkan saya, kerana berlangsung ketika bulan Ramadan dan mustahil untuk saya mengehadkan pengambilan makanan dan minuman.", kata Mustafi menerusi satu temuramah dengan akhbar Jerman, Bild.


Agama amat penting buat saya dan karier. Ia banyak membantu saya. Pada akhirnya, sebagai insan seperti mana orang lain di bumi ini, saya juga mahu masuk syurga. Itu sasaran utama saya. Jika saya bermain buruk sekalipun, dunia tidak akan berakhir,” katanya yang menyimpan impian untuk ke Mekah.

Bagi penulis, Mustafi merupakan seorang ikon penting dalam dunia Islam yang dilihat mampu memperbetulkan tanggapan orang bukan Islam terhadap Islam khususnya di barat.

Islamophobia di barat dilihat semakin teruk lebih-lebih lagi apabila ada pihak tertentu yang mempolitikkan perkara tersebut.

Selain Mustafi, Mesuit Ozil juga merupakan pemain bola berkelas dunia yang menganut agama Islam dan turut mencuri tumpuan dunia apabila dia dilihat berada di Mekah bagi menunaikan Umrah baru-baru ini.

Sumber : MirrorUtusan Online


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.