Lionel Messi Ke Chelsea

Lionel Messi Bakal Berpindah Ke Chelsea?

Messi akan berpindah ke Stamford Bridge tidak boleh dijawab tetapi kelab berpusat di London mempunyai sumber ekonomi untuk membawa bintang dunia ke London tidak lama lagi jika mereka ingin. - Naib Presiden Barca Javier Faus.

Akhbar luar negara kini mengikuti rapat masalah dalaman di Barcelona yang melibatkan jurulatih mereka dengan pemain.



Tidak terkecuali pemain paling mahal di dunia iaitu Lionel Messi yang didakwa mendedahkan kontrak lumayan selama enam tahun sedang menunggunya di Chelsea ketika ini.

Sumber yang rapat dengan bintang Barcelona itu mendakwa, Messi memberitahu, Chelsea sedia membayarnya sebanyak £200 juta untuk menebus kontrak yang ada.


Selain itu Chelsea juga dilaporkan sedia membayar gaji Messi yang berjumlah £400 juta selama enam tahun jika pemain berkenaan sedia meninggalkan Barcelona.

Khabar angin yang mengaitkan Messi dengan Chelsea kembali bertiup walaupun pengendali The Blues, Jose Mourinho menafikan perkara itu pada November tahun lalu.


Bagaimanapun Barcelona ternyata tidak dapat menyembunyikan lagi perselisihan yang wujud antara Messi dengan jurulatih pasukan berkenaan Luis Enrique.



Keadaan itu dilaporkan semakin tegang apabila Messi tidak hadir pada sesi latihan pada Isnin, manakala Enrique gagal untuk menafikan permasalah yang wujud antara mereka.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.