Malaysia Airlines umum kerjasama tajaan dengan Liverpool FC

Kickbola.netSyarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan kerjasama dengan kelab gergasi bola sepak Inggeris Liverpool FC. -Astro AWANI/Twitter Malik Ridwan .
Malaysia Airlines umum kerjasama dengan Liverpool FC

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan kerjasama dengan kelab gergasi bola sepak Inggeris Liverpool FC.

Melalui kerjasama tersebut, Malaysia Airlines akan dikenali sebagai Rakan Penerbangan Global Rasmi Liverpool FC untuk tempoh tiga tahun.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew, kerjasama strategik ini akan mengukuhkan kedudukan jenama Malaysia Airlines melalui pendedahan jenama pada papan statik, skrin LED di setiap perlawanan di Stadium Anfield serta promosi di laman web rasmi, penerbitan, media sosial serta barangan rasmi keluaran Liverpool.


Selain peluang penjenamaan, syarikat penerbangan itu juga mempunyai akses kepada pemain Liverpool untuk digunakan sebagai duta Malaysia Airlines.


"MAB memperuntuk kurang daripada 10 peratus daripada bajet pengiklanan dan promosi kami khusus untuk kerjasama ini," kata Bellew semasa majlis pengumuman kerjasama Malaysia Airlines-Liverpool FC, di sini, pada Selasa.

Sempena kerjasama tersebut, Malaysia Airlines akan menawarkan tambang promosi dua hala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke London pada RM2,499.

Tempoh promosi bermula 11 Oktober hingga 17 Oktober 2016 untuk penerbangan dari 13 Oktober 2016 hingga 31 Mac 2017.


LFC meterai penajaan global bersama Malaysia


Liverpool FC telah menandatangani penajaan global tiga tahun bersama Malaysia Airlines, yang akan menjadi rakan penerbangan rasmi global untuk kelab.

Menerusi kerjasama ini, kelab mensasarkan membawa Anfield lebih dekat kepada kelompok penyokong yang setia dan bersemangat di benua ini.


Billy Hogan, ketua pegawai komersial LFC, memberitahu: “Liverpool dan Malaysia sentiasa memiliki semangat yang istimewa terhadap bola sepak – semasa kami melawat Malaysia untuk jelajah pra-musim pada tahun 2011 dan 2015, sambutannya adalah luar biasa.

“Kerjasama ini adalah gambaran kepada ikatan ini dan kami sangat teruja untuk masa depan yang cerah berkerjasama dengan Malaysia Airlines.”


Peter Bellew, ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines, menyatakan: “Kami mengalu-alukan Liverpool FC untuk menjadi keluarga Malaysia Airlines.

“Kedua-dua jenama ini memiliki sejarah yang panjang dan gemilang dengan persamaan budaya berasaskan rasa kekeluargaan.


Liverpool FC antara kelab yang paling disokong di dunia, termasuk lebih kurang 100 juta orang penyokong di Asia Tenggara dan 40 juta orang di China, pasaran utama kami.

“Sebagai tambahan, Liverpool FC akan menjadi landasan terbaik dalam memperkukuhkan jenama kami di UK, pintu utama kami ke Eropah."

Malaysia Airlines, syarikat penerbangan nasional Malaysia, ditubuhkan hampir 80 tahun yang lalu apabila syarikat berpengkalan di Liverpool, Ocean Steamship Company bergabung dengan Straits Steamship Company dan hari ini menerbangkan lebih dari 40,000 orang penumpang ke lebih dari 1,000 destinasi setiap hari.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.