Piala FA 2015 - Penyokong Terengganu FA amuk Hooligans selepas Tewas kepada Lions XII

Kickbola.net 5 Foto Kebakaran & Kerosakkan di Stadium Sultan Mizan Terengganu.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Stadium Sultan Mizan kecoh, penyokong Terengganu merusuh

Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan.

Picture
KEBAKARAN dicetuskan penyokong selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. - Foto NSTP

Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.

Picture
PENGADIL diiringi anggota keselamatan selepas perlawanan berakhir. - Foto Aswadi

Dikhabarkan, sebuah ambulan terbakar dan meletop manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah. Selain itu, seorang anggota polis dipercayai cedera di kepala akibat diserang penyokong dengan cermin pintu stadium turut pecah.

Picture
ANGGOTA polis turut tercedera dalam kekecohan itu. - Foto Mohd Syafiq Ambak

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi dicemari dengan insiden apabila penyokong Terengganu menyerang pengadil sebaik tamat perlawanan.

Difahamkan insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak yang dikatakan banyak memihak kepada pihak lawan menyebabkan skuad Penyu gagal ke pentas akhir selepas tewas dengan kelebihan jaringan 1 gol di tempat lawan.

Berikutan rusuhan itu, pintu masuk utama pecah manakala sebahagian besar tempat duduk rosak selain ada yang mengalami kecederaan.

Sehingga saat ini rusuhan teruk apabila penyokong bertindak ganas dengan membakar sebahagian tempat duduk dan kenderaan ambulan.

Difahamkan ada penyokong yang mengalami kecederaan, manakala Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Malah, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.








Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.