Kane pindah kerana mahu trofi
Harry Kane berkata hari ini bahawa keinginan peribadi menamatkan pencarian piala menjadi sebab utama dia menyertai kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dari Tottenham.
Kane meninggalkan Spurs menerusi perjanjian asal 100 juta euro (RM502.94 juta) semalam selepas menghabiskan seluruh kariernya di kelab itu.
Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan Tottenham sambil memegang rekod penjaring terbanyak dengan 280 gol selain namanya juga berada dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman England pada saingan antarabangsa.
Bagaimanapun dia masih belum menang sebarang trofi buat kelab atau negara.
Kedudukan kelapan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu bermakna Kane juga berdepan musim tanpa bola sepak Eropah jika kekal di kelab utara London itu.
"Saya rasa saya sentiasa katakan dalam karier, saya mahu terus meningkat, terus memberikan tekanan kepada diri sendiri untuk mengetahui tahap saya dan melihat sejauh mana ia boleh membawa saya," kata Kane pada sidang akhbar di Allianz Arena.
"Kemuncaknya saya mahu bermain pada tahap tertinggi, saya mahu bermain dalam Liga Juara-Juara, saya mahu bersaing merebut trofi setiap tahun.
"Jadi untuk datang ke Bayern Munich, satu daripada kelab terbesar dunia, ia datang bersama peluang itu, jadi saya tidak sabar menantikan peluang berkenaan." - AFP
ONE MORE SLEEP!
— ESPN FC (@ESPNFC) August 17, 2023
Harry Kane's Bundesliga journey and quest for silverware begins tomorrow 🏆
📺: @ESPNPlus pic.twitter.com/O9mojkXvAo
Kempunan Trofi Terus Jadi badi Kegusaran Buat Harry Kane
Harry Kane terlepas peluang untuk menjulang piala pertama pada penampilan sulungnya bersama Bayern Munich apabila tewas 3-0 di tangan RB Leipzig dalam aksi Piala Super Jerman. Dani Olmo menjadi tumpuan perlawanan apabila meledak hatrik dan menghancurkan impian Kane menjulang trofi major pertamanya, beberapa jam selepas menyempurnakan perpindahan dari Tottenham.Kane dimasukkan pada minit ke-64 ketika Bayern sudah ketinggalan 2-0, dan Olmo melengkapkan hatrik beberapa minit selepas itu.
Dani Olmo menyerlah pada perlawanan itu apabila meledak hatrik di Munich ketika impian Kane untuk merangkul piala utama pertamanya musnah. Kane masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64 ketika Bayern sudah ketinggalan 0-2 dengan Olmo melengkapkan hatriknya tidak lama kemudian.
Nasib menimpa kapten England itu mendapat simpati jurulatih Bayern, Thomas Tuchel.
kata Tuchel yang mengakui dia kehabisan kata-kata susulan prestasi hambar juara Jerman itu.
"Ia menakutkan, tidak dapat dijelaskan. Situasi sama berlaku musim lalu dan jelas kami beraksi hambar lagi hari ini." katanya lagi. Kane yang juga penjaring terbanyak England, menyertai Bayern dari Tottenham dengan nilai perpindahan berjumlah 100 juta euro (RM503.3 juta).
Peminat Bayern sanggup beratur beberapa jam sebelum sepak mula untuk mendapatkan jersi yang bercetak 'Kane 9' di kedai kelab itu.
Kane, yang diberi nombor sembilan ditinggalkan Robert Lewandowski, sebelum ini menyatakan di media sosial bahawa dia tidak sabar untuk beraksi selepas turun pada sesi latihan pertamanya bersama Bayern.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola