Harry Kane akhirnya setuju sertai FC Bayern Munich

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
KANE tamatkan spekulasi dengan memeterai pemindahan ke Bayern. -FOTO .
( 📸 ©FC Bayern Munich)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Selamat tinggal Spurs, akhirnya Kane pergi jua

Harry Kane membuat ucapan selamat tinggal yang penuh emosi kepada Tottenham selepas memeterai pemindahan ke Bayern Munich bernilai £104 juta (RM605 juta).

Kapten England berusia 30 tahun diumumkan secara rasmi oleh juara Jerman itu dan bersedia untuk membuat penampilan sulungnya, hari ini.

Penyerang itu menyelesaikan ujian perubatan, semalam dan sudah menandatangani kontrak empat tahun bernilai RM2.4 juta seminggu.

Beberapa saat sebelum Bayern secara rasmi mengumumkan ketibaannya, dia tampil membuat ucapan perpisahan dengan Tottenham selepas menamatkan tempoh 19 tahun bersama kelab London Utara itu.

Dalam video Instagram yang penuh emosi, dia berkata: "Saya mahu menjadi yang pertama memberitahu peminat Tottenham bahawa saya akan meninggalkan kelab hari ini.

"Banyak emosi yang melanda saya sekarang ini. Sedih kerana meninggalkan kelab yang saya habiskan hampir 20 tahun dalam hidup saya.

"Dari seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kepada lelaki berusia 30 tahun sekarang, terdapat begitu banyak detik indah dan kenangan istimewa. Kenangan yang akan saya kenang selamanya.

"Jadi, ini adalah ucapan terima kasih kepada semua rakan sepasukan. Jurulatih saya, semua pengurus, setiap kakitangan yang terbabit dengan kelab."

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.