Mari mengenali Datuk Ong Kim Swee

Mari mengenali Datuk Ong Kim Swee

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Ramai mengenali Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih skuad Harimau Muda U-23 namun tidak ramai yang mengetahui latar belakang beliau.

Bekas pemain tengah Melaka, Sarawak dan Sabah pada era 1990-an itu sebelum ini memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Unit Belia FAM.


Kim Swee memulakan karier kejurulatihannya dengan menjadi ketua jurulatih Melaka sebelum namanya melonjak sebagai jurulatih yang berjaya mencungkil bakat-bakat muda negara bermula sebagai jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan seterusnya menjadi peneraju utama skuad Harimau Muda.

Kemuncaknya, Kim Swee berjaya membawa skuad B-23 kebangsaan meraih pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia dan disusuli pingat perak Sukan SEA 2017 di laman sendiri, selain turut mengemudi pasukan muda negara melakar sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China dan layak ke peringkat kalah mati Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Beliau turut pernah dilantik sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan sebanyak dua kali iaitu dari 3 Februari 2014 hingga 28 Jun 2014 selepas kontrak Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih kebangsaan tamat dan dari 5 September 2015 hingga 18 Januari 2016 selepas Dollah Salleh meletak jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

Kim Swee kemudian akhirnya dilantik secara penuh sebagai ketua jurulatih kebangsaan dari 18 Januari 2016 hingga 25 Mac 2017 dan selepas itu, beliau diamanahkan pula untuk mengendalikan skuad B-22 negara bagi menghadapi Sukan SEA 2017.

Dengan pengalaman luas beliau sebagai pemain dan jurulatih di pelbagai peringkat, Kim Swee yang juga Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) dilihat sebagai calon terbaik bagi mengisi jawatan Pengarah Teknikal FAM ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan secara rasmi bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengarah teknikal yang baharu berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.


Kim Swee, 50, diberi tugas untuk menggalas jawatan Pengarah Teknikal FAM itu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Peter de Roo.

Berikut adalah beberapa perkara berkenaan beliau yang anda mungkin tidak tahu :

- kelahiran Melaka , berusia 44 tahun.- merupakan seorang midfielder (pemain tengah)


- pernah menjadi coach untuk negeri kelahiran beliau pada 2004-2005.

- sepanjang beraksi di Liga M pernah beraksi untuk Melaka, Sabah dan Sarawak.

- bersama Sabah FA beliau menjulang Piala FA pada 1995 dan Piala Liga M pada 1996.

- pernah mewakili skuad Olimpik Malaysia 1990-1991 dan skuad kebangsaan Malaysia sekitar tahun 1994-1995



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.