Resepi Malaysia Ke Final FIFA Piala Dunia!

Kickbola.net Resepi Malaysia Ke FIFA Piala Dunia!
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Resepi Malaysia Ke FIFA Piala Dunia!

Semua tengah kecoh isu ranking Malaysia yang kian menurun. Namun bagi sesetengah orang yang macam saya, benda ini expected. Kenapa bolasepak Malaysia masih tak naik naik.

Kalau Thailand, walaupun mereka tak pernah ke Piala Dunia tetapi mereka hampir melakukannya pada era Kiatisuk Senamuang menjadi player. Pada kelayakan lepas mereka juga bersaing untuk ke play off. Malaysia???

Kita turunkan intensiti perbincangan pokok dari Piala Dunia ke Piala Asia. Dah berdekad kita tak layak ke Piala Asia secara merit atau bukan atas tiket vice versa. Pada 2007 Malaysia layak atas tiket tuan rumah.


Pada era K.Rajagobal dengan pasukan yg agak exciting peminat mulai percaya akan kemampuan skuad Malaysia untuk ke Piala Asia setelah menjadi agak dominan di Asia Tenggara. Namun masih tak cukup kompetitf. Ke Piala Dunia ? Dengan penyertaan Australia kedalam kelompok AFC dan kuota pasukan Asia ke Piala dunia masih dikekalkan.


Tanpa Australia pun Malaysia jauh panggang dari api. Inikan pula dengan Australia yang saya rasakan antara pasukan yg akan sentiasa dalam kelompok pilihan.


Ini adalah antara faktor utama yang saya gariskan secara ringkas.

1. Akademi Bolasepak


Tak dapat dinafikan memang ada akademi bola sepak. Namun kalau setakat akademi macam sekolah memandu memang tak akan mampu menyaingi negara lain dalam melahirkan bakat muda.

Scouting???
Di Eropah mereka ada satu scouting team yg merekrut budak budak termasuk street footballer dan diberikan kontrak jika perlu. Mereka mencari senhingga ke ceruk mana. Tu yang terjumpa Nazmi Faiz. Kita tak payahla sampai sebegitu tetapi cukup dengan pencarian sehingga ke ceruk ceruk kawasan di Malaysia.

Pada usia 17 atau 18 mereka akan dinilai balik dari segi potensi , termasuk , Peak, kecergasan dan kecerdasan. Data ini direkod dengan lengkap. Jika tak ok, pemain akademi akan diepaskan. Kalau OK akan ditawarkan kontrak tertentu. Jika akademi seperti Manchester United, Liverpool , Arsenal dan kelab kelab top flight lain mungkin hasil reject akan menarik perhatian akademi lain.


Di Malaysia, cuma ada berberapa kerat sekolah sukan yang bukan khas untuk bolasepak. Ia lebih kepada rojak, multi events atau sukan type olympic. Contohnya sekolah sukan Bukit Jalil yang rata rata scouting adalah daripada MSSR atau MSSM. Maksudnya atlit yg ada adalah yang dari produk sekolah. Kenapa tak ada scouting yg mengesan bakat seawal 4 tahun seperti di Eropah. Sebab budak tu tak sekolah lagi.


Kenapa ramai budak jalanan yang tak sekolah tak direkrut? Kerana tak ada scouting yang pergi sehingga ke lorong lorong seperti yg dilakukan di Brazil atau di England. P.Coutinho adalah dikesan dari padang futsal dan disambar Inter Milan. Manakala Raheem sterlingg dari street football yg dikesan QPR dan, baru baru ini Tim Sherwood menyatakan , scouting spurs juga memantau budak jalanan Raheem Sterling.

2. Identiti Bolasepak


Adakah Malaysia memang tak ada identiti bolasepak ke? Ada , tetapi identiti yang agak tak cantik. Kalau Jepun mula membuat evolusi pada lewat 90-an Malaysia pula seakan akan main pakai hentam dan gemar bermain classic 4-4-2 atau 4-5-1. Tak ada modenidasi taktikal.

Jepun mengetahui fizikal mereka yang kecil dan mula melupakan bermain bolasepak dalam style 4-4-2 atau 4-5-1 classic dengan cross play yang dahulu menjadi senjata pasukan Eropah. Jepun mula meniru blueprint bolasepak latin dengan European style yg lebih kepada intelligent football. Main pakai otak. Pada 1998 , Jepun memasukkan pemain neutralisasi Wagner Lopes dari Brazil untuk memberi sedikit samba sytle.

Pada 2002 Jepun Melantik jurulatih dari France , Phillipe Troussier dan mereka menyerapkan satu lagi nama Brazillian, Alex Santos kedalam pasukan. Dan kemuncak evolusi Brazillian style adalah pada 2006 apabila Zico menjadi jurulatih.

Kemudian Jepun sudah mulai kompetetif dengan gaya bolasepak mereka yg tireless dan simple football. Mereka menggunakan sistem exclusive hole player dalam pasukan. Daripada Nakata, Hingga ke Nakamura, kemudian Honda dan Kini Kagawa. Sistem hole oleh Jepun antara sebab kenapa pasukan ini sangat kuat dan digeruni. Ia adalah hasil baka hasil persenyawaan sistem Eropah oleh Troussier dan Brazillian style yang menggunakan pelakon Jepun. yang pasti ia bukan kerja pakai tangkap muat , ia ada pelan, pelaburan , struktur yang teliti walaupun mengambil sedikit masa tetapi hasilnya sentiasa ada hinggalah ia berjaya. Slowly but surely dan bukan macam kita yg slowly and not sure lah! Kini Jepun dah lama tak pakai pemain neutralisasi sebab mereka dah ada identiti sendiri.

Kita sendiri sebagai peminat dan pengikut kejohanan seperti Suzuki CUP Atau sukan SEA dapat memerhatikan pasukan seperti Indonesia sudah ada identiti bolasepak mereka sendiri. Tak heranlah Vietnam kian meningkat naik.

3. ‪#‎TAKTIKAL‬


Bagaimana dengan Malaysia ?

Direct football yang fokus kepada letakan posisi. Kalau 4-4-2 pemain akan bermain di role dan posisi. Tanpa ada fluidity atau exclusive play. Alih alih kita yang tengok akan cakap, main macam tu aku pun boleh. Ia adalah metafora kepada kualiti rendah sedangkan anda dalam status pemain kebangsaan.

STYLE of play yang tak ada intention atau misi sama ada untuk mendominasi tengah atau flank. Yang mereka tahu nak cari gol. Ini adalah masalah utama. Sebab itu result pasukan amat tak konsisten. Dalam modern football ia adalah bukan isu fizikal semata mata tetapi intteligent play juga penting.


Messi, David Silva , Samir Nasri, Neymar semua mereka adalah low abilities untuk duel tetapi mereka intelligent. Kita ada kisah lagenda sang kancil. Kenapa tak ada seorang nak menerapkan inti cerita itu kedalam diri. Patut suruh buka channel Ceria tengok cerita Pada Zaman Dahulu untuk slot motivasi.

4. ‪#‎Mentaliti


Letak la sesiapa saja jurulatih , jika aspek teknikal dan mental lemah pun tak guna. Claude Le Roy pernah dilantik menjadi jurulatih Malaysia dan ramai pemain Malaysia mengeluh dengan method latihan beliau yg keras. Selepas meninggalkan Malaysia Le Roy melatih pasukan seperti Cameroon dan juga membawa Ghana ke Ranking 14 dunia pada 2008. Dia juga membawa Congo Ke pusingan Akhir Afcon dan mara ke separuh akhir dengan penuh bersejarah.

Mentaliti pemain kita masih tidak sefighter Korea, Jepun mahupun Vietnam sendiri. Bila di padang masing masing muka gelisah dan senang melayan psikologi lawan. Cepat hilang fokus. Bila dihantar berguru keluar pula gagal bersaing untuk merebut tempat sedangkan sudah ada rekod pemain dihantar ke German dan Portugal yang saya percaya menjadi salah satu platform kemajuan bolasepak di Jepun dan Korea. Sebab mereka tak mengetatkan syarat rangking. Mereka juga ada rekod membangunkan pemain muda yang bagus. Sampai bila nak jadi jaguh kampung?


Dalam suasana Liga yang dipenuhi pemain import, pemain tempatan harus akur dan menyahut cabaran untuk lebih kompeten.

5. ‪#‎Teknikal


Bila berbicara soal taktikal, tiki taka ke, free flow football ke , negative defensive football atau expensive football, asasnya adalah teknikal. Saya pernah menulis bahawa, pemain kita masih lemah secara teknikal. Isu teknikal adalah bukan 100% di tangan jurulatih. Sebaliknya pemain itu sendiri. Cristiano Ronaldo, Messi , suarez dan pemain veteran sperti Pirlo mereka berusaha untuk meningkatkan dan mengekalkan isu teknikal individu sebaik mungkin. Latihan extra dan latihan khas.


Kekadang basic football technical seperti controll bola, pass,dan move pun masih ada yang huru hara belum lagi nak releases vision passes atau conterpressing.

6. ‪#‎FAM‬

Nak tak nak ,sebagai badan induk. FAM adalah ibarat FIFA. Memang akan menjadi institusi yg paling diserang dengan banyak soalan. Peruntukan dan asas pembangunan bolasepak yg nampak tak mampu menjana perubahan. Saya tak mahir dalam isu isu pentadbiran namun, jika sesuatu plan itu tak berhasil setelah bertahun tahun mencuba sepatutnya ada pendekatan pragmatik yang diambil. Jangan selitkan politik dalam sukan. Jadikan ia isu sukan semata mata. Berikan yang layak untuk memegang jawatan yang berkaitan teknikal.


Ini adalah pandangan peribadi dan anda mungkin ada pandangan lebih konstruktif. I will glad to hear from you.

Adios !! - Axello Tacts

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.