Verdon Bahanda - Dari CEO kini pemilik Sabah FC?

Serah kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) untuk buat pengumuman rasmi.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Verdon Bahanda - Dari CEO kini pemilik Sabah FC?


Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Dato Verdon Bahanda dikatakan letak jawatan sebelum bermula musim tetapi ada spekulasi baru yang menyebut berlaku perubahan posisi dalam Sabah FC itu sendiri dan ia masih melibatkan Verdon yang khabarnya kini pemilik Sabah FC

Menurut sumber Nadi Arena ia kata sepakat yang diambil dalam mesyuarat eksekutif Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) sabtu lalu

SERAH KEPADA SAFA UNTUK BUAT PENGUMUMAN RASMI

Difahamkan bahanda kini memegang majoriti saham dalam Sabah FC Sdn Bhd namun ketika dihubungi Bahanda menyerahkan sebarang pengumuman rasmi kepada pihak SAFA.

Buat masa ini Saya cuma boleh kata itu bergantung kepada SAFA, saya hanya menunggu pemberitahuan secara rasmi daripada SAFA. Tetapi Saya tidak boleh memberikan komen yang rasmi buat masa ini.


kita tunggu pengumuman rasmi daripada SAFA sendiri,”  katanya.

Sebelum ini Difahamkan, beliau yang baru sahaja memegang jawatan itu telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) pada Sabtu.

Picture
Dato Verdon Bahanda Bekas CEO kini pemilik Sabah FC.

Menguatkan lagi spekulasi perletakan jawatan tersebut daripada wakil penyokong dari group Sabahrhinos itu sendiri saudara Sharin Said

Picture
Posting Kelab Penyokong Sabahrhinos.com

Bagaimanapun sehingga ini tidak dapat dipastikan sebab pengunduran beliau dari kelab tersebut.

Usaha untuk menghubungi beliau, juga gagal.

Picture
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Dato' Verdon Bahanda (gambar) telah meletakkan jawatan dari kelab tersebut.

Pemangku Presiden SAFA, Dato' Rahman Zakaria ketika dihubungi malam ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan dari CEO kelab berkenaan.

Sabah FC akan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.


Sebelum ini, pengurusan Sabah FC juga telah melantik bekas pemain Sarawak, Lucas Kalang sebagai ketua jurulatih kelab itu berikutan bekas jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto dari Indonesia tidak disambung kontraknya.

Picture
Jelius Ating.

Manakala Jelius Ating telah diberi peranan sebagai pengurus pasukan dan jurulatih.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.