Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Dato' Verdon Bahanda (gambar) telah meletakkan jawatan dari kelab tersebut.
Difahamkan, beliau yang baru sahaja memegang jawatan itu telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) pada Sabtu.
M enguatkan lagi spekulasi perletakan jawatan tersebut daripada wakil penyokong dari group Sabahrhinos itu sendiri saudara Sharin Said Posting Kelab Penyokong Sabahrhinos.com
Usaha untuk menghubungi beliau, juga gagal.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Dato' Verdon Bahanda (gambar) telah meletakkan jawatan dari kelab tersebut.
Pemangku Presiden SAFA, Dato' Rahman Zakaria ketika dihubungi malam ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan dari CEO kelab berkenaan.
Sabah FC akan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Sebelum ini, pengurusan Sabah FC juga telah melantik bekas pemain Sarawak, Lucas Kalang sebagai ketua jurulatih kelab itu berikutan bekas jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto dari Indonesia tidak disambung kontraknya.
Jelius Ating.