|
DATUK Ong Kim Swee dipertemukan dengan pemain dan barisan Kejurulatihan di Regancy Tower Hotel menjelang pertemuan dengan Perak FC. Foto FB Mas Mailin |
DATUK Ong Kim Swee mampu membentuk Sabah FC menjadi setanding dengan kelab gergasi Liga Malaysia (Liga-M) lain susulan pelantikannya sebagai Ketua Jurulatih The Rhinos, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, pelantikan Kim Swee, 50, itu juga mencerminkan langkah serius Sabah FC untuk mengangkat sukan bola sepak di Sabah ke tahap yang lebih positif.
"SAFA sebagai badan induk bola sepak di Sabah sangat mengalu-alukan usaha yang diambil kelab tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
![]() |
Foto FB Sabah Football Club |
![]() |
Foto FB Sabah Football Club |
Kenyataan itu juga memaklumkan Kim Swee telah mengadakan perjumpaan dengan Bung Moktar di Kuala Lumpur pada Sabtu susulan penerimaan tugas baharunya dengan Sabah FC.
Bung Moktar berkata, sebagai badan induk bola sepak di Sabah, SAFA bertanggungjawab memantau prestasi Sabah FC agar ia tidak tersasar dari matlamat untuk meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini.
![]() |
Foto FB Sabah Football Club |
Presiden SAFA itu yakin bahawa Sabah FC mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak di Sabah seperti yang pernah dikecapi sebelum ini.
Kongsikan artikel ini: