OKS menuju ke bilik persalinan Sabah FC selepas perlawanan berkesudahan Perak memenangi perlawanan 2 gol Berbalas 1. Foto Mas Mailin
'Jiwa saya masih lagi di padang'
14 tahun bersama Persatuan Bolasepak Malaysia, secara tiba-tiba Dato’ Ong Kim Swee membuat keputusan keluar dari badan induk itu.Dia melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal hanya lapan bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.

OKS bertemu para pemain di bilik persalinan untuk memberi kata-kata semangat. Terutama pada para pemain2 muda Sabah FC yg telah menunjukkan mutu permainan yang begitu baik. Foto Mas Mailin
Lebih mengejutkan adalah Ong Kim Swee memilih berbakti bersama Sabah FC sebagai ketua jurulatih, sebagaimana telah disahkan oleh pasukan itu dalam satu kenyataan.
Meninggalkan FAM yang bayar gaji mewah dan paling penting gaji on time untuk menyertai sebuah pasukan bermasalah yang selalu kedengaran masalah tunggakan gaji, boleh disifatkan sebagai keputusan berani.

Foto FB Sabah Football Club
Tetapi Ong Kim Swee ada sebabnya, di mana dia menyatakan selain jiwanya yang mahu kembali ke tengah padang, dia juga mahu mencabar diri sendiri untuk mendapatkan kejayaan bersama pasukan kelab pula selepas banyak mengecapi kejayaan dan pengalaman dalam skuad kebangsaan.
“Bagi saya kepuasan itu penting. Bukan saya tak dapat menjalankan tugas sebagai pengarah teknikal, jangan salah faham. Saya belajar banyak perkara dan pada masa yang sama seperti saya katakan, jiwa saya masih lagi di padang.

Foto FB Sabah Football Club
“Apabila mendapat tawaran dari Sabah dan selepas berbincang dengan pihak pengurusan serta mendengar visi mereka, saya tak fikir banyak. Malah, Sabah pun sebahagian dari saya juga dan isteri saya pun orang Sabah.
“Saya pun pernah bermain untuk Sabah dan pernah menjuarai liga dan Piala FA bersama Sabah. Jadi, saya harap dapat mengulangi pencapaian itu dengan pasukan Sabah,” katanya dipetik dari BH Sukan.
Ong Kim Swee mengikat kontrak selama dua tahun bersama Sabah dan akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Oktober ini.
“Bukan senang untuk saya buat keputusan ini. Bagi saya suka dan sedih pun ada sebab sudah lama bersama FAM. Tak banyak masalah yang saya lalui termasuk bersama empat presiden FAM dan 5 setiausaha agung, semua memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.

Foto FB Sabah Football Club
Antara kejayaan Ong Kim Swee sepanjang bersama FAM ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.

Datuk Ong Kim Swee menjadi ketua jurulatih Sabah FC mulai 1 Oktober ini.
SOURCE: LaBOla Malaya
Kongsikan artikel ini:
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.