Debut Kepulangan Sensasi Ronaldo buat Manchester United

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kedua pada aksi EPL menentang Newcastle United di Old Trafford, Manchester, sebentar tadi. - Foto EPA.

Ronaldo muncul wira The Red Devils

Manchester United 4 (Ronaldo 45+2, 62, Fernandes 80, Lingard 90+2) Newcastle 1 (Manquillo 56)

London: Cristiano Ronaldo meledak 2 gol bagi membantu Manchester United menewaskan Newcastle 4-1 sekali gus melonjakkan Red Devils ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.



Ronaldo memerlukan 47 minit untuk membuka tirai jaringannya bersama United selepas kali terakhir tampil di Old Trafford 12 tahun lalu.



Ronaldo, 36, yang ditandatangani semula dari Juventus pada Ogos menolak bola masuk dari jarak dekat sejurus sebelum tamat babak pertama.

AKSI Ronaldo menjaringkan gol kedua United. FOTO AFP
Gol keduanya menyusul pada minit ke-62 hasil rembatan kencang yang gagal diselamatkan penjaga gol Newcastle, Freddie Woodman selepas Javier Manquillo menyamakan kedudukan buat pelawat.


Bruno Fernandes melebarkan jaringan dengan rembatan menarik dari luar kotak penalti sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.



Berikut adalah rangkuman keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir sebentar tadi.


Chelsea 3 (Lukaku 15', 90+3', Kovacic 49') Aston Villa 0


Arsenal 1 (Aubameyang 66) Norwich 0


Brentford 0 Brighton 1 (Trossard 90)


Crystal Palace 3 (Zaha 76-pen, Edouard 84, 90) Tottenham 0



Leicester 0 Manchester City 1 (Silva 62)


Southampton 0 West Ham 0


Watford 0 Wolves 2 (Sierralta 74-gs, Hwang 83)

- AFP


Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.