Perak Ucap ‘Selamat Tinggal Liga Super’ Dengan Kemenangan ke atas Sabah 2-1

Penyerang Perak FC, Nana Poku (tengah) meraikan garingan gol dalam perlawanan Liga Super 2021 antara Perak FC dengan Sabah Fc di Stadium Perak, Ipoh malam ahad.

Perak akhirnya lakar kemenangan

IPOH – Perak menutup tirai Liga Super 2021 dengan kemenangan 2-1 ke atas Sabah FC di Stadium Perak sebentar tadi.


Dengan kemenangan ini The Bos Gaurus berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-11 untuk mengatasi UiTM, sekali gus layak ke Piala Malaysia.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER - LS22 #LigaSuper2021

Pada perlawanan tadi, Nana Poku muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada setiap babak.

Penyerang dari Ghana itu menjaringkan gol pertama pada minit 20' dan menambah luka pelawat pada minit ke-70'.




Sabah merapatkan jurang melalui jaringan Taesu Park pada minit ke-85 tetapi ia nyata sudah terlambat untuk menyelamat perlawanan.


Tanpa sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan Perak FC, Perak mempamer permainan kemas dan tersusun untuk mengenakan tekanan kepada pelawat.

Berbanding lapan perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Mohd. Shahril Nizam Khalil beraksi cemerlang disetiap bahagian.


Malah, tuan rumah mampu menang dengan jurang lebih besar jika Muhammad Adib Abdul Ra’op dan Mohd. Zulkifli Zakaria menyudahkan peluang diperolehi pada babak kedua.

Sabah juga hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan peluang terbuka di penghujung perlawanan.

SOURCE: K! ONLINE

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.