Johor Darul Takzim (JDT) atasi AC Milan & Southampton FC dalam senarai kelab terbaik dunia

Kickbola.net JDT atasi AC Milan dan Southampton
JDT ATASI AC MILAN DAN SOUTHAMPTON

Juara Piala AFC Johor Darul Takzim (JDT) menduduki ranking ke-152 dalam senarai kelab terbaik dunia ekoran kejayaan pasukan itu melakar sejarah menjuarai Piala AFC 2015.

Senarai tersebut dikeluarkan International Federation of Football History and Statistik (IFFHS) dan boleh disemak menerusi url iffhs.de/club-world-ranking-2015.

Lebih manis JDT menduduki ranking lebih baik dari wakil Liga Perdana Inggeris Southampton (153) dan kelab Serie A AC Milan (154).

Kedudukan itu turut meletakkan The Southern Tigers pasukan ke-11 terbaik di rantau Asia dibelakang kelab Thailand Buriram United.


Sementara itu, Barcelona unggul apabila menduduki raking pertama diikuti Juventus FC (ke-2) dan SSC Napoli (ke-3).

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.