Malaysia B-13 juara Kejohanan Bola Sepak Dunia Ibercup Costa del Sol 2015

Kickbola.net KITA JUARA !!Malaysia B13 juara Ibercup Costa del Sol!U-13 :Sporting CP1 : 2 NFDP Malaysia
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Skuad Malaysia B13 dibawah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) hari ini mencipta sejarah baru apabila menjuarai Ibercup Costa del Sol 2015 selepas menewaskan wakil Portugal Sporting Lisbon B13 dengan jaringan 2-1

MALAYSIA B13 JUARA Ibercup COSTA DEL SOL 2015!

Picture
Malaysia juarai IberCup Costa Del Sol 2015 kategori B13 setelah menewaskan Sporting Lisbon dengan jaringan 2-1.

Luqman Hakim 12'
Hariz Mansor 49'

Seterusnya Malaysia B13 akan meneruskan kempen IberCup Estoril yang akan bermula pada 30 Jun - 5 Julai ini, di Estoril Portugal.

#NFDP #TourOfEurope

Gol skuad bimbingan Lim Teong Kim hadir menerusi Lokman pada separuh masa pertama diikuti dengan jaringan Hariz pada babak kedua.


Anak muda Harimau Malaya mempamerkan aksi yang cukup berkualiti dan sering kali mengawal perlawanan disamping memenangi aksi satu lawan satu.


Kemenangan ini menyaksikan barisan B13 negara dinobat juara walaupun kali pertama menyertai kejohanan berprestij itu.


Lebih manis lagi, skuad B13 negara berjaya menewaskan Sporting CP yang dikenali sebagai salah satu pasukan yang mempunyai sistem pemain muda terbaik di Eropah.


Skuad NFDP ini mara ke final selepas menundukan kelab Sepanyol Sevilla di separuh akhir 7-6 menerusi sepakan penalti selepas terikat 0-0 dalam 90 minit masa sebenar.


Ketika aksi di peringkat kumpulan, mereka berjaya menundukan Altetico Madrid B13 dengan jaringan 1-0 dan ketika itu ada suara yang agak skeptikal akan kemampuan anak buah Teong Kim ini.

Namun kejuaraan ini sekaligus memadam segala kritkan yang sedia ada sekaligus membuktikan pasukan ini berada dalam landasan tepat.


Walaupun masih berusia 13 tahun namun sedikit sebanyak bariasn anak muda ini memberi sedikit cahaya dalam masa depan bola sepak Malaysia yang semakin malap ketika ini.


Anak buah Lim Teong Kim muncul juara Ibercup 2015, World Youth Football Tournament setelah menewaskan Sporting Lisbon U13, 2-1. Mereka bermain mengikut taktikal dan gameplan yang dirancang oleh LTK dengan corak permainan yang cantik.


Kejayaan ini telah mengejutkan ramai jurulatih akademi ternama eropah. Sudah boleh dah kumpul duit beli tiket Piala Dunia U17 di masa depan.

Tahniah adik adik....

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.