Crystal Palace rosakkan penampilan terakhir Steven Gerrard di Anfield

Kickbola.net Palace rosakkan penampilan terakhir Gerrard di Anfield
Palace rosakkan penampilan terakhir Gerrard di Anfield

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengucapkan selamat tinggal kepada Anfield dengan nota kurang gembira selepas tumbang 3-1 kepada Crystal Palace pada perlawanan terakhirnya di laman keramat The Reds itu. Selepas hampir 17 tahun bersama Liverpool, 709 penampilan.


185 gol dan 10 trofi, pemain tengah berusia 34 tahun itu amat berharap aksi terakhirnya di Anfield berakhir dengan kemenangan sebelum berhijrah ke kelab Amrika Syarikat, Los Angeles Galaxy. Lebih awal di depan menerusi jaringan Adam Lallana, gol daripada Jason Puncheon, pemain gantian Wilfried Zaha dan Glenn Murray merosakkan skrip yang sudah ditulis Liverpool.


Lebih menggembirakan buat Palace, ia menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut selain mencatat kemenangan pertama di Anfield sejak 1991.

Kekalahan itu turut mengakhiri segala peluang The Reds untuk mara ke saingan berprestij Liga Juara-Juara Eropah. Ketika ramai yang menjangkakan Liverpool akan memperoleh kemenangan untuk meraikan Gerrard dengan Palace turut tidak berada di zon penyingkiran, apa yang berlaku akhirnya meleset.

Beberapa bekas legenda The Reds turut hadir pada perlawanan yang disaksikan 44,673 penyokong itu termasuk bekas pengurus, Gerard Houllier yang memberi peluang buat Gerrard menampilkan aksi pertama pada November 1998.


Bagi menghormati Gerrard, pemain kedua-dua pasukan memberi penghargaan kepadanya ketika memasuki padang ditemani anak perempuannya, Lourdes, Lexie dan Lilly-Ella.


Penyokong di tempat duduk Kop dan Centenary juga mempamerkan mozek besar yang bagi memberi penghormatan kepadanya. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.