Kelab EPL berbincang untuk hapuskan VAR musim hadapan
KESEMUA 20 kelab yang bertanding dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berbincang mengenai cadangan untuk menghapuskan penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) yang digunakan musim hadapan.Wolverhampton Wanderers telah menghantar satu bantahan yang mengundang kepada keperluan undian pada mesyuarat tahunan liga pada 6 Jun dengan jika 14 dari 20 kelab mengundi untuk bersetuju, VAR akan dihapuskan dari liga paling popular dunia itu.
“Bukan hendak menuding jari tetapi kami cuba mencari keputusan yang terbaik untuk bola sepak serta semua pemegang taruh yang telah bekerja keras untuk memperkenalkan dan memastikan penggunaan teknologi itu berjaya.
“Namun sudah sampai masanya untuk kita berdebat secara berhemah mengenai masa depan VAR selepas mengguna pakai teknologi ini selama lima tahun dan mungkin ini masa yang sesuai untuk menghapuskan penggunaanya bermula musim 2024-25 dan seterusnya,” menurut kenyataan kelab.
Liga Perdana Inggeris mengesahkan akan berlaku perbincangan tentang masa depan VAR pada AGM akan datang dan mereka menjelaskan yang perkara ini disedari dan akan dibincangkan. Bagaimanapun mereka percaya penghapusan sistem ini akan kembali meningkatkan keputusan tidak tepat dalam permainan kerana menurut data, peratusan keputusan tepat telah meningkat dari 82 peratus ke 96 peratus musim ini dengan bantuan VAR.
“Liga menyokong penuh penggunaan VAR dan kekal komited bersama-sama badan pengadil serta akan terus menambah bauk sistem bagi memastikan ianya memberikan manfaat buat perlawanan dan juga penyokong,” jelas pengelola liga.
Dalam 30 liga terbaik Eropah, hanya Liga Sweden sahaja yang tidak menggunakan VAR dan permintaan kelab-kelab Inggeris ini dikhuatiri akan menyebabkan Liga Perdana Inggeris akan kembali terkebelakang dan sukar untuk maju.
SOURCE: Flash Sukan
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola