Ranking FIFA Malaysia setakat 8 Januari 2015

Kickbola.net Kedudukan terkini ranking negara..
Ranking FIFA: Asia tercicir daripada kelompok 50 teratas

Kancah bola sepak Asia menyudahkan 2014 tanpa satu pasukan pun dari benua ini dalam kelompok 50 teratas dunia buat melengkapkan tahun penuh keaiban.

Iran adalah pasukan tertinggi dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) - pada posisi ke-51 - selepas ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dikeluarkan, hari ini.

Pasukan kedua teratas adalah Jepun (ke-54) diikuti Korea Selatan (69).

Ranking itu berpandu kepada persembahan hambar pasukan Asia dalam Piala Dunia 2014 di Brazil ketika Iran, Korea Selatan, Australia dan Jepun menyudahkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot.

Tiada satu pun pasukan yang berjaya memenangi satu perlawanan di temasya berkenaan membabitkan 32 negara.

Juara Piala Dunia, Jerman melengkapkan tahun selaku pasukan ranking nombor satu, diikuti Argentina dan Colombia.

Brazil yang menyudahkan cabaran Piala dunia di laman sendiri pada tempat keempat berada di tangga keenam manakala juara dunia yang tersingkir, Sepanyol di tangga kesembilan.

Costa Rica adalah pasukan terbaik dari zon CONCACAF dengan menghuni tangga ke-16 dan Algeria mengetuai benua Afrika pada tempat ke-18.

Menurut kenyataan FIFA, sejumlah 845 perlawanan penuh antarabangsa diadakan sepanjang 2014. - AFP


Ranking dunia FIFA


Berikut adalah ranking dunia 10 pasukan teratas dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabang sa (FIFA), di sini, hari ini.

(Nota: kedudukan bulan lalu dalam kurungan)

1 Jerman (1)

2 Argentina (2)

3 Colombia (3)

4 Belgium (4)

5 Belanda (5)

6 Brazil (6)

7 Portugal (7)

8 Perancis (7)

9 Sepanyol (9)

10 Uruguay (10)

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.