
Bendera Malaysia Diletakkan Pada Pemain Arsenal, Joshua Robinson oleh Farah Freman 1:40pm 09/11/2025
Bendera Malaysia dikesan terpapar pada bekas pemain Arsenal FC, Joshua Robinson.Khabar mengenai seorang lagi tonggak warisan negara di England mula menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini.
Khabar mengenai pemain baharu muncul selepas pengakuan daripada bekas tonggak muda The Gunners, Joshua Robinson mengenai susur-galurnya.
Menerusi satu temu bual bersama Arsenal, pemain kelahiran England ini mendedahkan bahawa beliau sememangnya memiliki keturunan berdarah Malaysia.
“Saya membesar di kawasan Leyton di timur London.
“Bapa saya berasal dari Jamaica manakala ibu saya pula berdarah Malaysia dan Inggeris,” cerita Josh Robinson dalam satu kenyataan di laman sesawang Arsenal FC.
Beliau telah meletakkan bendera Jamaica-England dan Malaysia pada bio Instagramnya sekali gus mengukuhkan lagi status keturunannya.

SOURCE: makanbola.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
