Sabah gigih tajamkan penyudah hadapi KDN FC
SKUAD Sabah FC mahu memastikan isu penyudah yang tumpul dapat diselesaikan menjelang aksi kedua Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.“Kita menganggap perlawanan ini sangat penting untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekali gus memastikan pulang dengan satu keputusan yang sangat positif,” katanya.
Menyentuh berkaitan persiapan pasukan, Kim Swee menyatakan kekalahan tipis KDN kepada Sri Pahang FC bakal menjadikan perlawanan ini satu perlawanan yang cukup sengit buat anak-anak buahnya.
“Keputusan tersebut membuktikan Kelantan Darul Naim bukan lagi seperti pasukan yang sudah kita ketahui sebelum ini dan tugas kami akan lebih mencabar kerana sudah tentu mereka ingin mempamerkan mutu persembahan yang bertenaga untuk mendapatkan keputusan positif.
“Kita akan cuba mendapatkan kemenangan pertama di tempat lawan sekali gus menyuntik semangat untuk menghadapi perlawanan akan datang,” katanya.
Musim lalu, Sabah bertemu KDN sebanyak tiga kali dan memenangi ketiga-tiga pertemuan dalam Liga Super dan Piala FA namun semua itu adalah sejarah dan kini pertembungan sebenar akan berlangsung.
SOURCE: RED BULL
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola