Penjaga Gol Petr Čech Sertai Arsenal FC

Kickbola.netPenjaga Gol Petr Čech Sertai Arsenal FC
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Akhirnya penjaga gol yang sudah lama sebati dengan juara Liga Perdana Inggeris musim ini iaitu Chelsea akan berpindah kelab.

Kelab yang disetainya adalah seteru utama Chelsea iaitu Arsenal. Sudah pasti ia adalah suatu keputusan yang sukar buat Petr Cech kerana Chelsea sudah sebati dengan dirinya.

Petr Cech akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Arsenal sebagai urusan terakhir sebelum disahkan sebagai pemain baru kelab berkenaan menerusi yuran pemindahan sebanyak £11 juta.

Penjaga gol yang banyak berjasa kepada Chelsea itu mengakhiri spekulasi bahawa akan ke Arsenal selepas dia sendiri ingin bersama Arsene Wenger.

Pemindahan Cech dari barat ke utara London itu dipersetujui menerusi kontrak selama tiga tahun dan gaji sebanyak £100,000 seminggu. Pemindahan Cech ke Arsenal juga disifatkan sebagai penantian yang panjang oleh Arsenal. Arsenal mula menyuarakan minat untuk mendapatkan Cech sejak musim 2013-14, namun Chelsea enggan menjual penjaga gol berkenaan.

Pengunduran Petr Cech sebenarnya telah dijangka oleh peminat sukan bola sepak lebih-lebih lagi peminat Liga Perdana Inggeris. Ini kerana kedudukan Petr Cech di Chelsea sudah semakin goyah kerana kehadiran penjaga gol yang lebih muda dan lebih bertenaga iaitu Thibaut Courtois. Nama Courtois semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini dan tersenarai antara penjaga gol terhebat dunia.

Selaku peminat tegar Chelsea sememangnya kita merasa sedih atas perpindahan Petr Cech ini namun itulah hakikat dalam sukan bola sepak. Apabila seringkali beraksi selaku penjaga gawang kedua sudah pasti ia adalah suatu keadaan yang merimaskan. Sudah pasti semakin lama namanya akan terus tenggelam bersama kecemerlangan penjaga gol baru iaitu Thibaut Courtois.

Akhir sekali buat Petr Cech, semoga terus maju dan sukses hendaknya kamu di Arsenal. Buktikan kepada semua bahawa kamu masih lagi penjaga gol yang hebat dan mantap seperti tahun-tahun terdahulu. Buat Arsenal sememangnya sangat beruntung kerana berjaya mendapat penjaga gol yang hebat seperti Petr Cech ini.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.